expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, February 18, 2020

TQ ex-boss belanja makan @Padi House!

Salam. Alhamdulillah kenyang.. hehe.. Rezeki hari tu ex-boss saya, En. Hermy belanja makan kat restoran Padi House, di Galleria Putrajaya. Sebagai tanda penghargaan beliau kepada staf yang bertukar keluar dari seksyen beliau iaitu saya and my team mate Nida.

Kat Padi House ni ada macam-macam jenis makanan. Saya pernah try menu ala carte nya, sedap. Kali ni disebabkan bos belanja, so saya pilih western. Hehe..

Tak ingat apa nama menu ni but the taste was very delicious! Ayam yang berintikan cheese dihidangkan dengan spagetti dan salad. Kira rasa dia ala-ala Chicken Cordon Bleu from Secret Recipe la. Memang sedap.

Padi House ni ada beberapa cawangan termasuk di Putrajaya dan Cyberjaya. Bolehlah try. Sedap-sedap tau makanannya. Kat Putrajaya ni time lunch hour memang full house la kat sini. Kena book awal for reservation. 

Inilah team kami. Now saya dan Nida (baju pink) not more in this team. Sudah bertukar officer lain. En. Hermy is the head of the section assisted by Kak Has. Big thanks to them also sebab banyak support each other time memerlukan. 

Apa pun thank you so much En. Hermy for belanja kami makan. Moga murah rezeki En. Hermy dan dipermudahkan segala urusan. Hope Seksyen Food Service ni terus maju with the new team. Walaupun dah tak 1 team, but we can still keep in touch and ukhuwah tetap terjalin sampai bila-bila.


Misya : Bos lelaki memang sempoi.

1 comment :

Mell said... Reply To This Comment

Nampak sedap🤤🤤... baik hatinya Bos belanja makan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...