Truecaller Apps penyelamat dari agen insurans!

Salam. Everytime minggu gaji je, confirm berduyun calling from agen-agen insurans masuk. Naik rimas dibuatnya. Beselah dorang nak promote segala macam pakej / pelan perlindungan. Kadang dah bagi peluang bercakap seminit dua, dia bantainya berjela-jela explanation sampai kita nak menyampuk kejap pun tak dan. Yang paling worse tak tanya setuju ke tak, terus nak sign up kan nama kita untuk ambil pelan tersebut! 


Pernah juga saya tertinggi suara sebab call time orang nak balik kerja. Bagi time 5 minit pastu suruh orang wat decision terus. Bila tak setuju, then inform kata dah ada insurans dah, dia start plak compare dengan pelan insurans dia sekali pakej condemn pelan insurans yang kita dah amik. Mau tak hangin kita. Saya ni kadang kesian layankan juga tapi bila dah terlalu kerap sangat, rasa annoying pun ada. Nasib baik lah dah install apss truecaller dalam fon. So awal-awal dah tapis dan block caller-caller sebegini. Aman sikit hidup. Ternyata dorang ni tetap cuba nak pancing customer walaupun pernah kena reject sebelum ni. 


Maybe caller-caller ni orang baru which tak pandai lagi nak mengayat customer. Tu yang sampai paksa-paksa customer. Lepas tu call plak orang macam saya, which saya ada experience dalam bisnes jualan langsung sebelum ni. Kalau saya tertinggi suara tu harap maaflah ya. Try la cari yang ada customer yang belum pernah ada any pelan insurans/Takaful. Saya bukan anti-insurans tau sebab saya sendiri memang habis study dapat kerja terus dah ada insurans. Husband pun sama. Janganlah nak kerja mudah cari lagi customer yang dah memang ada kesedaran untuk amik pelan insurans macam kami ni. Usah guna perkataan penghargaan bagai sebab personally saya rasa ditipu sesangat. Nak bagi penghargaan tu betul-betul lah. Kasilah sebijik kereta ke, TV baru ke, peti ais ke, tiket flight pi melancong ke kan? hehe.. Kengkawan yang lain yang alami gangguan sama seperti saya bolehlah guna apps ni. Tapi kalau memang uols ada hutang dengan orang/bank, janganlah lari/block pula ya bila dorang call. Hutang wajib dibayar ok!



Misya : Insurans plus investment is the best.




Comments

  1. Hehehe... sokong sangat ayat yg last tu... jgn tipu kami kata nak bagi penghargaan bagai... 🤭🤭. Fahami betul² apa maksud penghargaan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi kan.. penghargaan yg menambah lg komitmen kita. Klu dia tlg byrkan takpe juga. Haha

      Delete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts