Mimpi ngeri jadi kenyataan! Bila anak start conteng dinding...

Salam. Huarghhh mimpi ngeriku akhirnya menjadi kenyataan! Time Perintah Kawalan Pergerakan ni lah pulak my daughter Erina menyerlahkan lagi bakat melukisnya ke permukaan dinding dan almari. Waduh-waduh bosan sangat ke anakku? Mommy tinggal kejap je pi mandi, sekali keluar bilik air, terkejut mommy tengok dinding dah berconteng dengan crayon! Warna merah pulak tu...! Patutlah senyap je.. Biasanya dia ketuk-ketuk pintu bilik air panggil mommy. Aduhailah anak..

Mengucap panjang mommy nak oii... Termarah jugalah. Nasib baik tak terberanak. haha. Almaklum saya ni jenis OCD, pantang tengok dinding kotor camni. Rasa serabut. Saya suh dia lap balik. Dia tahu saya marah, dalam diam dia pi amik kain kat dapur nak lap dinding tu. Ermm tak jadi mommy nak marah. 





Mommy mengadu kat daddy. Huhu.. Tapi daddy stay cool. Just tunjuk dan pesan kat Erina jangan conteng lagi. Sambil bagi drawing paper untuk Erina conteng. And daddy pun ambil kain dan wet tissue tolong bersihkan kesan contengan. Fuh nasib baik semua boleh hilang. Lega... Kalau tak, jenuh jugalah nak kena cat or kikis kesan crayon tu. Thanks suami yang memahami.. Apa-apa pun ni semua akan jadi kenangan. Normallah kan budak-budak. Daya kreativiti dorang sangat tinggi. Nak try sume benda. Cuma as parent, kena handle dengan sebaik mungkin.

Misya : Baru sorang anak tu.

Comments

  1. sedihnya tengok, jenuh ni nanti nak cat semula kalau tak boleh cuci..

    ReplyDelete
  2. Nasib baik. Kalau tak cat lain lah huhuhuhu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts