expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, March 2, 2020

New baby car seat for Erina

Salam. Huhu awat Erina nangis tu? Haha ni gara-gara nak belikan new baby car seat untuk dia, so salesman tu suruh letakkan Erina untuk test dalam salah satu model car seat. Tapi nasib baik kejap je dia nangis. Saja je budak ni kan nak manja-manja over reacting. Adik dia dah nak lahir tak lama lagi, so mommy and daddy kena lah shopping barang-barang baby. Termasuklah new baby car seat untuk Erina. Sebab Erina punya car seat sedia ada nak bagi adiknya pakai pula nanti.  


Mula-mula nangis, lama-lama syok plak duk dalam tu. huhu.  


Kami survey car seat di Kedai Manjaku Baby Mall, Bandar Baru Bangi. So far since Erina lagi memang kami shopping barang bayi kat sini. Kebetulan ada promosi masa kami datang, terus rembat car seat jenama Sweet Cherry ni. Harga asal dalam RM600.00++ dapat diskaun jadi dalam RM263 camtu. Memang nice dalam lingkungan our budget. Yang bagusnya salesman yang explain kat kami tersangatlah friendly. Orang Bangladesh (rasanya) tapi berbadan sado dan sangat fasih berbahasa Melayu! Complete details siap share link YouTube nya berkaitan info baby - car seat, stroller dan sebagainya. So harapnya kalau management Manjaku Baby Mall baca ni, bagilah penghargaan kat beliau sebab layanannya 1st class!! 


Saya and husband memang dari sebelum Erina lahir dah belikan baby car seat siap-siap. Kebetulan visit my cousin baru dapat baby, so dia bagi lah tips kena beli siap-siap car seat and stroller siap-siap. Based on her experience, beza anak 1st and 2nd which anak 1st ngamuk-ngamuk taknak duk dalam car seat sebab tak latih dari baby compare anak 2nd. So, hari pertama keluar dari hospital dah terus letak baby dalam tu. So that baby jadi biasa dan tak meragam. Alhamdulillah tipsnya sangatlah berguna. Erina sampai sekarang takde masalah and faham, naik kereta je mesti duk dalam car seat dia. Tu yang kami shopping siap-siap new car seat untuk Erina pula supaya adiknya boleh pakai yang sedia ada. Tak perlu ada undang-undang pun if safety tu jadi keutamaan. Yang anak ramai memang takleh watpa la. Maybe kena belajar control and planning betul-betul after this. Isu ni kalau kupas lebih-lebih, boleh triggered kemarahan netizen. Ahakss.. But at least utamakan anak yang paling kecil sebab paling fragile. Kena biasakan yang betul, dan betulkan yang biasa.



Misya : Gagal merancang bermaksud merancang untuk gagal.



6 comments :

aienienka said... Reply To This Comment

Jadi murah car seat dia ya lepas diskaun. Syiok Erina dapat kerusi baru. ^^

Warisan Petani said... Reply To This Comment

Dah wajib pakai baby car seat ni sekarang.

Misya said... Reply To This Comment

@aienienka Tula, murah sgt. Akan dtg salesman tu cakap akan turun lagi harga sebab demand bertambah. So generasi baru yang baru kahwin/nak dapat anak boleh start planning dah. :)

Misya said... Reply To This Comment

@Warisan Petani aah wajib dah tapi saya sebelum ada kuatkuasa undang2 dah memang discuss dgn husband benda paling utama nak kena ada sebelum baby lahir adalah car seat. agak pelik lah kalau org skrg masih tak fikir ttg keperluan car seat ni. huhu..

Han Hanni said... Reply To This Comment

nangis2 pun tetap kena guna carseat ye dik comel..
alhamdulillah..Syiok Erina dapat kerusi baru.

MFJ KiRA said... Reply To This Comment

Lucu nya. salam ya dari Indonesia :)

Pingin download lagu yang gratis?
citralagu solusinya..!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...