Pengasuh bagi diskaun bayaran RM50

Salam. Syukur Alhamdulillah rezeki my daughter Dhiya Sherina dapat pengasuh yang sangat baik hati. Dapat diskaun RM50.00 untuk bayaran mengasuh Erina bulan Mac. Memang sejak hari kedua Restriction Movement Order (RMO) dah tak hantar Erina ke rumah pengasuh. Saya dan husband pun work from home je. Suddenly dapat whatsapp dari Kak Ayu minta bayar RM300 je untuk bulan Mac, syukur sesangat. Terharu pun ada siap mendoakan saya dan baby dalam kandungan. 


Kalau ikutkan bayaran mengasuh RM350.00 di area Putrajaya ni kira tersangatlah murah. Tu pun Kak Ayu bagi diskaun lagi. Alhamdulillah so far dia jaga Erina pun bagus. Siap dah wat RMO kat anak-anak dia since bulan Januari lagi. Untuk pastikan keselamatan anak-anak asuhan beliau. Saya doakan Kak Ayu dan keluarga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Allah saja dapat membalas kebaikan beliau. Thank you Kak Ayu!



Misya : Rezeki dapat jumpa orang baik-baik.

Comments

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts