expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, March 28, 2020

Resipi Ayam Masak Kicap Simple

Salam. Semalam saya langsung takde idea nak masak apa untuk dinner. Tengah dok borak-borak dalam wasap group family, my mom inform dia masak Ayam Masak Kicap. Fuhh terus terliur dan dengan pantas saya ke dapur menyiapkan Ayam Masak Kicap. Sangat simple! Resipi ni inspired by my mom, Johorean style. Kira resipi turun-temurun la ni. 



Bahan - Bahan

Ayam 
Bawang Besar
Bawang Putih
Halia
Kulit Kayu Manis
Kicap Manis
Kicap Masin
Cili Merah
Air
Garam (Untuk goreng ayam)



Kaedah Memasak

1. Goreng ayam terlebih dahulu dengan sedikit garam. Dah garing, bolehlah diangkat dan asingkan. 
2. Gunakan minyak yang sama goreng ayam tadi (boleh kurang sedikit if tak suka banyak minyak), then tumiskan bawang putih, bawang besar, dan halia yang telah dihiris. Then masukkan kulit kayu manis.
3. Agak-agak bawang dah kuning, bolehlah letakkan kicap manis dan masin ikut sesedap dan sebanyak mana diingini. Cuma portion kicap masin jangan terlalu banyak ya. Lebihkan kicap manis takpe. Boleh juga tambahkan air untuk bagi lebih kuah. Taburkan cili merah yang dah dihiris-hiris.
4. Lepas kuah kicap tu dah mendidih, bolehlah masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sampai kuah kicap tadi rata di sekeliling ayam. 

Ok siap! Bolehlah dimakan dengan nasi panas-panas. Simple je kan? If taknak ayam, boleh ganti dengan telur goreng atau ikan goreng. 




Misya : Berkicap tiap hari fikir nak masak apa.


1 comment :

Nor Ain Rusli said... Reply To This Comment

Heheee PKP punye pasal hari hari berkicap memikirkan menu yang nak dimasak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...