expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, March 25, 2020

Resipi Puding Buah Pic Mudah dan Sedap

Salam. Uols tengah watpe tu? Mesti ada yang start kebosanan dok umah je kan? Saya nak kata bosan tu takdelah, tapi sejak work from home ni, tetiba nak try beberapa resipi masakan. Almaklum takleh makan kat luar, so kenalah masak atau buat sendiri. Belek-belek resipi yang tersimpan dalam facebook, terjumpa resipi puding buah pic ni. Kebetulan bahan-bahan semua ada di dapur. Makan sejuk-sejuk sedap ni!



Bahan-Bahan

1 peket agar-agar
1 tin buah peach/pic
1 tin susu cair
1 cawan gula
6 cawan air termasuk air buah peach dalam tin
1 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
1/4 cawan sunquick (orange/campuran mango)
Sedikit esen vanilla
Sedikit garam 


Kaedah Membuatnya

1. Masak agar-agar dengan 5 cawan air sehingga mendidih dan berwarna jernih. 
2. Then masukkan gula, kacau hingga gula larut sepenuhnya. 
3. Masukkan air buah pic (asingkan siap-siap buah pic dan airnya) dan sunquick. Kacau sehingga sebati.
4. Next masukkan susu cair, esen vanilla dan sedikit garam. Sambil-sambil tu potong buah pic ikut bentuk diingini dan susun dalam tray/bekas/loyang.
5. Last sekali masukkan tepung jagung yang telah dibancuh. Kacau lagi sehingga sebati dengan api perlahan.
6. Agak-agak dah cantik elok kesemua bahan, bolehlah tuang sedikit demi sedikit ke dalam tray/bekas/loyang yang dah disusun buah pic tadi. 
7. Simpan dalam peti ais untuk disejukkan. Dah sejuk, bolehlah dihidangkan sebagai dessert or kudap-kudapan sewaktu kebosanan. hehe..

Tambahan : If nak lagi kuning, boleh letak sedikit pewarna kuning.




Disebabkan ni 1st time saya wat puding ni, saya terus tuang bancuhan tu dari periuk terus masuk dalam bekas lalu mengakibatkan buah pic yang saya dah susun cantik-cantik tu lari dari landasan dan ada yang terapung. huhu.. But still sedap sedap dimakan walaupun kejadiannya susunan buah pic caca-marba. Sebagai pengajaran, tuang sikit-sikit guna senduk ya!



Apa-apa pun the most important thing is when your husband suka! Sampai samakan rasa kesedapan puding ni macam kat hotel katanya. hehe.. Alhamdulillah.. Sejuk hati mendengarnya. 

Inspirasi resipi : SINI



Misya : Air tangan isteri tak sama dengan air tangan orang lain.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...