Resipi Sambal Belacan Paling Mudah!

Salam. Haa mana yang bosan duk kat uma tu, sebagai menambah perisa dalam makanan, why not buat sambal belacan ni ha. Anak-anak dara tu daripada duk terperap dalam bilik main fon atau tengok drama Korea je, meh belajar wat sambal belacan. Ada juga manfaat, ye dok? huhu. Actually saya pun sebelum ni takdelah pandai sangat wat sambal belacan. But 1 day tu saya gi uma arwah nenek di Selayang which Mak Andak saya yang jaga that house hidangkan nasi dengan pelbagai lauk plus sambal belacan. Disebabkan kesedapan sambal belacan Mak Andak saya ni, terus tanya resipi camne beliau buat. Senang bangat rupa-rupanya. Tak perlu tumbuk-tumbuk pakai lesung batu, even belacan pun tak payah bakar! Yang penting cukup bahan dan juga blender!  




Bahan-Bahan

Cili Merah (2 biji)
Cili Padi (10-12 biji)
Belacan (1 sudu kecil)
Asam Jawa (1 sudu besar)
Air (1 cawan)
Sedikit garam dan gula


Kaedah Membuatnya

1. Campurkan kesemua bahan dan kisar sampai hancur. Siap! 

Hehe senang je kan? Nak sedap dan padu lagi bolehlah perahkan limau nipis. But kalau asam jawa letak lebih sedikit, dah ok dah rasa masam nya tu. If rajin, masaklah tomyam, goreng telur dadar, makan dengan nasi panas-panas dengan sambal belacan ni, confirm terangkat! Takyah gi kedai tomyam dah. Ok? Selamat mencuba..



Misya : Kecik-kecik selalu kena ugut mulut nak kena cili sebab suka menyampuk cakap orang tua.

Comments

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts