Resipi Sotong Goreng Kunyit Blackpepper

Salam. Dah lama tak share resipi air tangan sendiri dalam blog ni. Semalam tetiba makyong ni rajin sikit nak masak. Bosan asyik makan ayam dan ikan, ternampak ada sotong dalam freezer terus bawak keluar. Terfikir idea nak masak sotong goreng kunyit blackpepper ala-ala Misya style gitew. Nak cuba? Senang je as long as cukup semua bahan.


Bahan-Bahan

Sotong 
Serbuk Kunyit
Serbuk Lada Hitam Kasar dan Halus
Bawang Besar
Bawang Putih
Halia
Sos Tiram
Ubi Kentang (Potong Kecil)
Cili Merah (Hiris)
Garam


Kaedah Memasak

1. Potong sotong ikut style memasing. Yang saya wat ni style kegemaran husband saya. Bulat gelung gitu. Setengah orang suka petak-petak atau pun masuk sekor-sekor terus (after cuci bersih).
2. Gaul sotong dengan serbuk kunyit dan serbuk lada hitam. Banyak mana? Ikut suka hati. Nak pedas, tambahlah lagi blackpepper. Lagi bagus kalau dapat perap selama beberapa minit supaya sotong tu menyerap segala rasa kunyit dan lada hitam.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
4. Bila bawang dah mengeluarkan aroma yang best, masukkan sotong yang diperap tadi. Dalam masa yang sama masukkan halia dan kentang. 
5. Agak-agak sotong dan kentang dah empuk, bolehlah masukkan sos tiram, cili merah dan sedikit garam. If nak bagi lebih berkuah, bolehlah tambah sedikit air.
6. Masak dalam seminit dua lagi (dah mendidih), ok siap! 


Biasa kalau masak sotong lawannya sayur sawi. So saya masak tumis sayur sawi campur. Simple je lauk tiap kali makan di rumah. Husband pun Alhamdulillah jenis tak cerewet sampai bertambah nasi dia makan. Erina pun sama bukan main berselera memasing. Syukur.. 

Bolehlah try resipi sama untuk ayam atau daging. Cuma kalau daging tu kena potong nipis-nipis sebab takut lambat empuk. Selamat mencuba!



Misya : Jangan menyotong atau mengunyit sudah la ya!

Comments

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts