Dhiya Soffea pun nak OOTD raya juga?

Salam. Ahha ni lagi sorang pun nak OOTD juga! hehe.. Si kecil Dhiya Soffea pun ada baju raya tau. Walaupun baru berusia sebulan lebih, still mommy belikan baju raya sedondon 1 family. Nasib baiklah jumpa kat Shopee baju raya saiz Soffea. Itupun tinggal sepasang je untuk warna purple lilac ni. Nasib baik sempat beli dan received before raya.

Memperkenalkan our 2nd princess, Dhiya Soffea.. Lahir-lahir je tak sampai 2 bulan dah merasa berhari raya ya.. Tapi disebabkan keaktifan BabyS, agak sukar nak snap gambarnya. Haha.. Sebab tangan kakinya tak reti duk diam. So saya share beberapa keping BabyS yang ok.


Mommy punya trademark, mesti ada headband untuk anak. Memang banyak koleksi headband sampai daddy nya complaint, seluar dalam daddy dia pun tak sebanyak headband anak! kahkahkah.. Taktahu if ada anak lelaki camne pulak. ;)

Pelik agaknya apa lah 'manusia' ni buat kat aku ni. hihi.. 

With daddy..


With mommy..


Like  her sister, kejap je headband terletak elok, pastu caca marba jadinya. hehe. Don't worry, mommy terus bukak headband ni bila dah jadi gini. Safety first! Ginilah ya gelagat anak-anak time raya. Penat melayan kerenah dorang tapi tetap happy dan enjoy. Alhamdulillah ada anak-anak yang leh jadi penghibur di musim PKP ni. 


Misya : Geng melaram mommy.





Comments

Warisan Petani said…
Comelnye Dhiya
Selamat hari raya
Han Hanni said…
Comelnya!

Selamat hari raya maaf zahir batin
adianiez AIDA said…
ha ha ha tu bukan headband dah tu, misya, noseband! ha ha ah ha...
sama le kita anak dara dua org.
dulu byk aksesori kepala aida beli utk diorang tau. sama la kita.
headband, clips, getah rambut. aduhai... sgt la best kan.
tapi, nan hado lekat kat kepala :) ha ha ha ha...
rambut ikat pun at the end senget benget!

Popular Posts