Juadah Raya PKP Misya

Salam. Kali ni story about juadah yang dihidangkan semasa pagi 1 Syawal yang lalu. Nampak simple je tapi jenuh jugalah nak sediakan almaklum dengan anak dua, terkejar-kejar juga nak mengemas, nak prepare bahan-bahan masakan dan lain-lain. Mujur husband sentiasa membantu, siap juga hidangan kami di pagi raya. 

Jemput tengok.. Hehe.. 

Nak ajak datang beraya tak dapatlah buat masa sekarang ya.

So apa yang dihidangkan?

Alhamdulillah inilah juadah kami di pagi raya. Biasa beraya kat rumah my parents or mertua. Kali ni beraya sendiri sungguh different suasananya. 

Rendang Daging versi Johor resipi turun-temurun from my mom. Start masak jam 4 petang, siap jam 8 malam. Saya ni kuno sikit tak reti pakai periuk tekanan yang canggih-canggih tu sebab takut meletup. hehehe. Tetap nak guna kaedah tradisional guna kuali biasa je walaupun ambil masa lama tapi hasilnya puas hati.

Kuah Lodeh dimakan dengan nasi impit, jadilah lontong.

Sambal Bilis dimakan bersama lontong.


Telur rebus untuk dimakan dengan lontong.

Lemang, ok yang ni order online je. Hehe. Then husband gi ambil di kedainya. 

Puding Jagung. Last minute buat menggunakan 5 bahan. Maaf rupanya tak seberapa indah tapi rasanya sangat superb. Hehe.. Nanti saya share resipi. Senang giler!




Alhamdulillah makanan semua sedap-sedap kata husband. Giteww... But I'm so proud with myself sebab berjaya siapkan hidangan raya untuk kami anak-beranak sendirian. Memang struggle tapi akhirnya berjaya disiapkan. Puas kami makan seharian raya siap leh bagi sedikit pada jiran. Syukur rezeki Allah bagi di pagi raya. At least ada dah pengalaman masak sendiri untuk raya which akan diperturunkan kepada anak-anak nanti.


Misya : Teringat nenek-nenek di kampung yang bertungkus-lumus masak untuk anak cucu balik.



Comments

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts