Resipi Asam Pedas Ikan Merah

Salam. Untuk bagi tak terlupa, saya nak share resipi Asam Pedas Ikan Merah yang dikongsikan oleh my cousin, Kak Shaireen. Memang selalu saya mintak resipi from her sebab beliau memang pro dalam bab masak-memasak ni. Bulan puasa hari tu teringin nak makan asam pedas. Selalu beli tak pernah jumpa yang 'kick' punya asam pedas melainkan kena pi Melaka ke kedai kami selalu makan tu. Memang impossible la time PKP ni. Huhu. Kebetulan dalam freezer ada ikan merah 2 ketul, apa lagi, roger terus my cousin mintak resipi.


Bahan-Bahan

Dikisar
1. Cili Kering (Ikut suka nak pedas banyak mana)
2. Belacan
3. Kunyit
4. Halia
5. Bawang Besar
6. Bawang Putih


Lain-Lain Bahan
1. Ikan
2. Bawang Besar (Dihiris)
3. Halba
4. Serai
5. Asam Jawa
6. Air
7. Garam
8. Gula
9. Bendi/Daun Kesum/Bunga Kantan/Daun Limau Purut (Terpulang jika nak)


Kaedah Memasak

1. Tumis bawang besar yang telah dihiris, halba dan serai sehingga kekuningan.


2. Masukkan bahan kisar, tumis sampai garing.



3. Masuk air asam jawa dalam segenggam atau ikut suka nak banyak mana kuahnya.
4. Masukkan bendi dan daun-daun yang disukai, then masukkan ikan.

5. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa. Dah mendidih, siap dihidang.


Beginilah rupanya asam pedas ikan merah hasil air tangan saya. Actually nak guna ikan-ikan lain pun boleh. Cuma asam pedas saya ni kurang merah warnanya sebab cili kering saya tak berapa merah. Then, amaun bahan kisar tu pun ikut berapa keping ikan kita nak masak. If terlalu banyak, agak mengganggu rasa asam-asamnya. huhu. So, next time akan saya tambah baik lagi masakan asam pedas ni. Thank you Kak Shaireen for sharing this recipe. Nanti nak try masak dalam claypot pula. Dengar cerita lagi ummpphh rasanya!




Misya : Jangan selalu bermasam muka.

Comments

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts