Resipi Ayam Korean Spicy Sangat Mudah

Salam. Siapa sini peminat makanan Korea, bolehlah try resipi Ayam Korean Spicy ni. Usually sis makan kat kedai je. Pernah lah makan kat Secret Recipe, sedap! Then awal tahun hari tu office buat potluck tema makanan Korea, ada yang bawak homemade Ayam Korean Spicy ni. Memang mantop! Sis pun try lah cari resipi. Mudah bangat sih! Jom try..


Bahan-Bahan

1. Ayam 
2. Tepung Goreng Ayam Adabi
3. Sos Korea Adabi
4. Bijan (taknak letak pun takpe)
5. Telur
6. Minyak masak untuk menggoreng ayam


Kaedah Memasak

1. Pukul telur dan masukkan ke dalam bekas berisi ayam. Gaul sehingga rata.


2. Dalam bekas yang lain, letakkan tepung goreng ayam Adabi, salutkan ayam tadi dengan tepung satu persatu. Kalau letak banyak-banyak nanti tepung tak melekat sebab dok berlanggar dengan yang lain.


3. Goreng ayam sehingga garing (warna jingga camtu). Makesure dalamnya masak ya. Pandai-pandailah adjust. hehe


4. Angkat dan toskan ayam daripada minyaknya.


5. Tuang sos Korea Adabi dalam kuali, terpulang nak banyak mana as long as boleh cover semua ayam nanti. Kacau sos dengan api perlahan, agak-agak sos dah panas (tak perlu sampai mendidih), masukkan ayam dan gaul rata.


6. Last sekali taburkan bijan dan gaul rata kesemua bahan. Padam api dan bolehlah dihidangkan. No need to put extra garam ke gula ke apa sebab tepung goreng dan sos ni dah memang ngam-ngam rasa masin manisnya.



Boleh makan dengan nasi sebagai lauk, tak pun ratah gitu je pun sodap! Sos ni agak pedas, so siapa tak suka pedas maybe tak gemar kot. But honestly memang sedap. Husband saya rupanya sebelum ni agak 'geli' nak makan yang di kedai. Maybe sebab dia bukan penggemar makanan Korea. But lepas saya buat sendiri ni, terus fall in love sampai bertambah-tambah dia makan. Yang sudi baca entry recipe ni, Kamsa Hamida! ;)



Misya : 2 kali pernah travel ke Korea tapi tak pernah suka makanan Korea.


Comments

Han Hanni said…
kena try ni.. nampak sedap!
ejulz said…
Wahhhh.. sedap
adianiez AIDA said…
semlm beli ayam korea ni.
first time beli. Izzat sgt la suka, misya.
tak merasa aida walaupun seketul!
hingga dia request nak lagi. aduhai...
oic. ada sos dia ye. mcm mudah je nak buat tu.
nak carik sos nyer dulu la kan.

Popular Posts