Resipi Cornflakes Madu Warna-Warni Yang Sangat Mudah

Salam. Diam tak diam tinggal sehari je lagi nak raya. Sebelum sibuk nak merendang esok, hari ni saya siapkan kuih raya paling mudah untuk dibuat iaitu Cornflakes Madu Warna-Warni. Saya share resipi yang saya cedok dari ibu saya, Mr. Google dan saya adjust sedikit ikut citarasa sendiri. Uols bolehla try last minute ni if taktahu nak wat kuih raya apa. Bahannya dan cara buat pun sangatlah simple even takde oven pun boleh buat. 

Bahan-Bahan
Cornflakes (jenama Kellogg's sebab teksturnya lebih nipis, tak keras sangat lepas bakar)
Buttercup (3/4 bar)
Madu (1/2 cawan)
Gula (1/2 cawan)
Sedikit esen vanilla
Ceri (Hijau/Merah/Both- terpulang)
Chocolate Rice (Untuk hiasan, taknak takpe)
Papercups

Cara-Cara Membuatnya

1. Cairkan butter, gula dan madu dalam kuali sehingga gula cair sepenuhnya. Titiskan sedikit esen vanilla untuk menambah aroma.
2. Masukkan cornflakes dan ceri, then gaul sehingga semua bahan rata. 

3. Transfer ke dalam bekas lain, susun papercup atas tray. Time ni bolehlah panaskan oven suhu 140°c dalam 10-15 minit.

4. Sudukan cornflakes tadi ke dalam papercup. Dan taburkan chocolate rice sedikit sebagai hiasan. Time ni kadang banyak masuk dalam mulut sebab sedap. Hehe.. haipp waktu siang di bulan puasa jangan ngap pulak! ;)

5. Then bakar dalam oven bersuhu 140°c - 160°c dalam 10 minit. Bergantung pada jenis oven. Jangan terlalu lama, takut hangus cornflakes tersebut. Takde oven? Boleh je bakar atas dapur gas, lapik dengan tudung periuk. Wajib dibakar untuk makesure cornflakes tak cepat lemau. So bolehlah tahan dalam sebulan raya camtu.

6. Dah siap bolehlah dihidang untuk tetamu or diri sendiri. Almaklum sekarang musim pkp, tak boleh nak beraya sangat. Hehe..


Misya : Tiada kaitan dengan kehidupan orang yang bermadu. 

Comments

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts