Resipi Ikan Masak Asam Utara paling ringkas

Salam. Satu lagi resipi untuk dikongsikan hari ni. Mana tahu boleh bagi idea nak masak apa kan? Ni antara resipi masakan ikan yang paling simple dan mudah. Even sesuai dimakan oleh ibu-ibu berpantang juga. Cuma adjust sedikit bahan seperti cili tu janganlah letak. So resipi ni dipanggil Ikan Masak Asam Utara. Maybe masakan ni terkenal di kalangan orang-orang utara agaknya tu nama dia pun begitu. But the taste memang nice dan bahan-bahannya pun mudah disediakan. Rasa masam-masam manis pedas gitew.. Untuk resipi ni saya gunakan ikan tenggiri sebab tekstur dia kental dan tak mudah hancur bila masak berkuah gini.


Bahan-Bahan

1. Ikan Tenggiri (2 ketul)
2. Bawang Besar (1 biji)
3. Bawang Putih (5 ulas)
4. Halia (2 inci)
5. Cili Merah (sebiji)
6. Cili Padi ( 5 biji)
7. Asam Jawa
8. Air
9. Sedikit garam dan gula


Kaedah Memasak

1. Goreng ikan terlebih dahulu tapi jangan terlalu garing. (Without garam dan kunyit) Dah siap goreng, asingkan ikan tersebut.
2. Gunakan lebihan minyak goreng ikan tadi dan tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih, halia, cili merah dan cili padi sehingga naik aromanya. Tapi jangan terlalu garing sangat ya.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Nak banyak kuah, boleh tambah lagi air asam jawa.
4. Agak-agak hampir mendidih, bolehlah masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Kacau sehingga ikan dan kuah rata dan padamkan api. Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas-panas.






Misya : Ikan sumber protein terbaik.

Comments

  1. resepi paling simple dan senang. suka masak asam ni kalau dah malas sgt nak fikir..hehe

    ReplyDelete
  2. resepi simple dan senang nak buat. kalau lauk ni, laju je makan nasi.

    ReplyDelete
  3. Selalu buat tapi versi cheery ikan tu goreng dulu hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts