Resipi Pizza Homemade mudah dengan readymade crust

Salam. Selalu kalau nak makan pizza kena order atau pi makan kat restoran kan? Yang paling famous of course Pizza Hut atau Domino's Pizza. Why not sesekali kita buat sendiri pizza homemade kita? Saya dah cuba baru-baru ni, wow memang syok sebab boleh letak topping banyak-banyak ikut suka hati. Hehe.. Anak saya yang tak makan sangat pizza sebelum ni, kali ni dia berselera makan. Lagipun bila wat sendiri lebih terjamin dan sihat bahan yang digunakan. Jomlah try wat.



Bahan-Bahan

Pizza Crust (Beli yang readymade contohnya jenama Mission)
Sos Spagetti (If takde boleh guna sos tomato)
Cili Benggala (potong dadu)
Sosej (Hiris)
Chicken/Beef Pepperoni
Mozarella Cheese
Olive Oil



Kaedah Memasak

1. Panaskan oven pada suhu 210°c around 15 minit. Sambil-sambil tu bolehlah prepare bahan-bahan yang ada.


2. Sapukan sos spagetti di atas pizza crust sehingga sekata seluruh permukaan. 
3. Taburkan mozarella cheese, lada benggala, sosej dan susunkan pepperoni di atas sos spagetti tadi.
4. Nak lagi banyak cheese, boleh tambah tabur lagi mozarella cheese.
5. Renjiskan sedikit olive oil atas pizza dan sedia untuk dibakar.
6. Bakar pada suhu yang sama around 10 minit.
7. Pizza siap dibakar, bolehlah dipotong untuk dimakan panas-panas. 


Yeehaaah! Siap sudah Le Pizza De'Italiano by De'Misya. Ahakss..


Mengancam tak rupanya? hehe.. Kebetulan saya ada beli curly fries so saya goreng makan sekali dengan pizza. Haa siap side dish lagi. hehe..



Misya : Chicken Classified by Domino's Pizza paling legend.


Comments

  1. jimat pun jimat kan bila buat sendiri. buleh makan bila bila masa je.

    ReplyDelete
  2. Wahhhh.. sedap ni..

    Jemput join segmen jika sudi..

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
  3. lagi puas hati kalo buat pizza sendiri kann..
    sedappp!

    ReplyDelete
  4. Sedapnya. Lama tak makan pizza.

    ReplyDelete
  5. mudah ekk bila beli pizza crust gitu.
    nipis. rangup lah kan.
    anak2 aida sejenis tak makan pizza crust yg tebal.
    kita la jadi perabih nyer.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts