Selamat Hari Raya PKP from four of us!

Salam semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan blogger yang disayangi. Dah 3rd day raya baru menyempat nak wish. Hehe.. Almaklum busy buat preparation raya walaupun dalam suasana PKP. Raya di rumah sendiri memang 100% preparation terletak di bahu sendiri especially bab juadah untuk Hari Raya. Memang sis tak menang tangan lah which this year our 1st time beraya dengan new baby. But kami still enjoy dan happy beraya even dari 1st raya tak kemana pun. Jiran sebelah invite datang beraya pun kami terpaksa tolak dengan baik. Just bertukar-tukar juadah hari raya je. Kami seboleh mungkin try to avoid any close contact dengan outside people. Lebih-lebih lagi ada baby kecil, which high risk untuk family kami beraya ke sana ke sini. Just stay at home and stay safe. 


Bila raya sendiri di rumah sendiri, the struggle is real especially part nak bergambar. haha. Nasib baiklah sis ada beli tripod. Tu pun punyalah payah nak suruh Erina senyum tengok kamera. Pagi-pagi dia tantrum sebab cuaca mendung which dia takut dengar bunyi guruh. Tu yang moody je bila suh ambil gambar. Adoyai sabar jela nak..

Takpelah janji ada gambar raya. Boleh lah view gambar-gambar raya kami.. 


Si kecik tu menurut jelah kan? hahaha.. Macam-macam gelagat dapat dirakamkan.


Ok nantikan story-story raya kami lagi dalam entry seterusnya. Apa-apa pun mohon maaf zahir dan batin if ada penulisan saya selama ni mengguris hati rakan-rakan blogger sekalian. Saya juga manusia biasa tak terlepas dari kekhilafan. Kotlah ada teremosi ke sampai menyentap hati anyone who read my blog. 0-0 ya! Salam Aidilfitri from four of us : Misya. Ahmad, Erina (BabyE) and Soffea (BabyS).



Misya : Sedih melihat kedegilan manusia beraya ke sana-sini dalam tempoh PKPB ni.

Comments

Tiara Sapphire said…
selamat hari raya :)
Warisan Petani said…
Selamat menyambut raya 1441H
Jannah Ramli said…
Selamat hari raya, Kak Misya.
faizzahamir said…
Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin
Han Hanni said…
Selamat hari raya maaf zahir batin
adianiez AIDA said…
2 days before raya memang asben aida beli tripod tau.
gigih dia gi beli demi nak beraya di pagi raya :)

Popular Posts