5 kunci asas keselamatan makanan yang mudah diingati



Salam. Ahha seperti yang dijanjikan (rujuk SINI), sempena World Food Safety Day semalam, hari ni saya share sedikit 5 kunci keselamatan makanan yang setiap orang kena tahu. Tak kiralah samada masak sendiri makanan atau beli dari kedai. Almaklum, kes food poisoning sekarang ni bukan sesuatu yang biasa-biasa je sekarang ni. Tahun lepas kes kematian akibat Laksa Kebuk. Tahun ni Puding Buih pula. So takkan tiap tahun ada je kes serupa sampai melibatkan kematian lagi. Allahu moga dijauhkan. So, jom ambil tahu apa 5 kunci tersebut dan pegang kuat-kuat ok! :)

1. Jaga Kebersihan

Terutama tangan sebab tanganlah yang menyentuh makanan dan melakukan pelbagai perkara.  So sentiasa cuci tangan dengan betul menggunakan sabun dan air yang bersih. Then, kebersihan diri pun penting. Jangan tak mandi pula bila sediakan makanan. Kat rumah takpela orang taktahu tapi bila sediakan makanan untuk jualan pleaselah mandi ya. Then pastikan segala peralatan dan perkakasan pun bersih means dicuci dan dikeringkan terlebih dahulu.

2. Asingkan Makanan Mentah dan Yang Telah Dimasak 

Yang ni maksudnya gunakan bekas dan peralatan berbeza untuk handle bahan mentah dan makanan yang telah dimasak. Contohnya papan pemotong untuk potong ayam mentah jangan sesekali gunakan papan pemotong yang sama untuk memotong salad atau buah-buahan yang sedia untuk dimakan. Cer bayangkan papan pemotong yang telah dikotori dengan darah ikan/ayam/daging tadi digunakanpula untuk potong buah tembikai then kita terus hidang buah tembikai tersebut. Please don't!

3. Masak Makanan Dengan Sempurna

Ok maksudnya jangan masak makanan terlalu sekejap sangat sampai tak masak dalamnya. Bayangkan ayam goreng yang masih berdarah lagi dalamnya, confirm tak lalu nak makan kan? Dan sebenarnya ayam tersebut dah beranak-pinak segala macam bakteria dalamnya. So please masak makanan dengan sempurna. 

4. Simpan Makanan pada Suhu Selamat

Basically semua tahu untuk makanan frozen mesti simpan dalam freezer. Makanan kering simpan kat tempat kering. Makesure peti sejuk yang digunakan dalam keadaan baik. Check suhu sentiasa dan bersihkan selalu.

5. Gunakan air dan bahan mentah yang bersih dan selamat

Air, pastikan bertapis dari sumber terawat. Takkan nak guna air yang berkeladak/berkarat untuk proses makanan rite? Lebih-lebih lagi air yang guna buat ais, jangan ya! Pastikan bahan mentah yang digunakan masih segar dan elok keadaannya. Check expired date dan kalau rosak jangan sesekali gunakan juga. 


Orite, ni hanyalah 5 kunci asas keselamatan makanan. Actually if nak kupas 1 by 1, satu entry ni memang tak cukup. Nanti jadi karangan SPM pula panjang sangat uols pun bosan nak baca. BUT benda ni sangat penting ok. If tak jadi kat orang lain maybe keracunan makanan boleh jadi pada diri kita atau family kita sendiri. So, amalkan 5 kunci ni tau.


Misya : 5 Rukun Islam pun jangan lupa.

Comments

  1. Assalamualaikum... TErima kasih utk peringatan ini... New Norm ni menjadikan masyarakat semakin bersih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts