expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, June 3, 2020

Face mask merimaskan bagi yang berkaca mata

Salam. Nowadays nak ke mana-mana wajiblah pakai face mask dan amalkan normal-normal baru such as gunakan hand sanitizer dan social distancing. Tapi part face mask tu realitinya untuk orang pakai spec mata like me, memang menyusahkan sebenarnya. Sebab ianya akan menjadi punca munculnya kabus awan nano pada cermin mata yang mengaburkan pandangan mata sis. Haha.. Sebab nafas tu kekadang keluar kot lubang antara hidung dengan face mask naik ke mata. Fuh rimas dibuatnya. Tapi nak taknak still kena pakai especially di tempat-tempat awam.

Beberapa hari lepas sis diberi me-time oleh husband jap untuk keluar. Sis cuba lah tak pakai spec, tapi gantikan dengan contact lens. Selesai masalah sis! No more awan nano menyelubungi kacamata yang merimaskan. Untuk yang senasib dengan sis, I feel you! huhu


Cuma sis taktahulah if naik kerja nanti after cuti bersalin, nak pakai lens hari-hari ke? Yela mata pun perlukan rehat kan? Tak kisah lah janji mengurangkan peluang virus Covid 19 menjangkiti sis. Yela dahlah sis ada 2 orang anak kecil. Kena sentiasa take precautions.

So kengkawan yang lain please jangan lupa pakai mask ok. Walaupun kelihatan kes jangkitan Covid19 semakin menurun, belum tentu persekitaran kita bebas dari virus tersebut. Sekarang dah banyak jual kat pasaran dah. So tak susah nak cari face mask lagi.

Stay safe. Stay at home. Sis keluar ni kebetulan ada urusan sikit di office dan ada keperluan nak beli barang di kedai. If not memang terperap saja di rumah dengan anak-anak. So daddy dorang kasi chance jap mommy amik angin luar. Lega betul rasanya. Moga cepatlah hilang virus Covid19 agar kita boleh menikmati semula kesegaran udara ciptaan Allah di muka bumi ni tanpa face mask. 


Misya : Muka tak mandi pun orang tak tahu if pakai face mask.

9 comments :

Nurulatika Yunus said... Reply To This Comment

lau pakai mask berjam2 terus berpeluh2 huhu

ShirVen said... Reply To This Comment

yes! masalah global penguna cermin mata 😜😜

faizzahamir said... Reply To This Comment

Kan rasa tak selesa lama-lama pakai face mask. Lagi time beli barang dapur rasa nak cepat balik je. Aaminn2 moga cepat hilang covid-19 ni.. Stay safe sis

Cikpijaaa said... Reply To This Comment

Lagi satu, jimat makeup. Hahaha.

Tapi kita makeup jugak sikit. Nipis je. Hee. Lepas ni memang nilahnormal kehidupan kita... face mask ke mana sahaja kita pergi. Saya kalau pakai rasa sukar nak bernafas. Jadi, rasa nak cepat-cepat balik je.

Han Hanni said... Reply To This Comment

kami pakai spek. memang rimas. nasib baik kat office kami tak makan sebab jauh dari opismate. pakai time nak kemana2 je..

ezy.xixii said... Reply To This Comment

yeaaaahhh sy pham perasaan tu sbb sy pon pakai spek!
haha..
mmg rimas tp nak xnak terpksa pakai..
sbb sy xsuka pkai contact lens.. hihi

Elly Matin said... Reply To This Comment

haha. last sekali tu betul!!

Misya said... Reply To This Comment

@Cikpijaaa kan.. bgn tido terus pi kedai pun org tak kenal. hihi

Misya said... Reply To This Comment

Hehe ramai senasib dgn sis rupanya. bertabahlah kita semua.. ngeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...