World Food Safety Day in Selamat Pagi Malaysia, TV1

Salam. Seperti yang saya telah war-warkan dalam entry INI, big boss department saya iaitu Encik Salim masuk TV sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia. Sepatutnya slot beliau disiarkan pada jam 9.00 pagi tapi dianjakkan ke jam 9.45 pagi. Saya sebagai one of the staff haruslah support bos kan.. Jam 9.00 pagi dah terpacak depan TV. Hehe.



Tapi slot beliau sangat sekejap walhal banyak lagi soalan tak sempat ditanya oleh pengacara. But En. Salim sempat bagi info-info ringkas berkaitan food safety dan diharapkan mesej sampai kepada penonton. Lebih-lebih lagi di musim PKP ni, banyak perkara berkaitan food safety perlu dititikberatkan. Tambahan dengan kes food poisoning Puding Buih yang baru berlaku, memang sesuailah slot ni disiarkan. Terlepas nak tonton? Boleh view dari YouTube berikut :





So sempena sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia yang disambut setiap tahun pada 7 Jun ni, diharapkan kita semua dapat amalkan kebersihan dan keselamatan dalam menyediakan makanan. Dan semuanya bermula dari rumah. So, saya sebagai food technologist, menjadi tanggungjawab saya untuk sampaikan tentang pentingnya food safety kepada masyarakat. So insyaAllah start this week saya akan cuba share berkaitan tips food safety dalam blog saya ni. Kadang-kadang kita rasa benda tu remeh tapi rupanya kita tak sedar apa yang kita lakukan di dapur boleh mengundang kejadian keracunan makanan. Moga dapat memberi manfaat buat semua. Happy World's Food Safety Day! Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama..


Misya : Tanpa kuman, makanan selamat.

Comments

Popular Posts