Kaedah bungkus makanan dengan suratkhabar yang selamat

Salam. Ok tips food safety kali ni saya nak share tentang kaedah pembungkusan makanan yang betul. Bolehkah guna suratkhabar untuk bungkus atau balut makanan? Jawapannya boleh TETAPI perlu ada lapik atau lapisan tambahan antara makanan dengan surat khabar. 


Contoh macam dalam gambar di atas. Why nak kena ada lapik? Sebab suratkhabar tu kan dah bercetak dengan dakwat karbon. Which bila terkena makanan yang bersuhu tinggi dan berminyak, automatik karbon dari dakwat tu mencair lalu boleh mencemarkan makanan. Even kalau kita balut benda lain pun, dakwat tu lama-lama akan melekat kat benda tersebut. Apetah lagi bila terkena makanan panas-panas dan lembab kan? Tambahan pula entah apa yang ada pada suratkhabar tersebut pun tidak diketahui sebab confirm dah banyak tangan yang pegang atau dah banyak tempat suratkhabar tersebut diletakkan. So lapik yang sesuai perlu digunakan untuk mengurangkan risiko pencemaran dari suratkhabar kepada makanan. Such as daun pisang atau plastik bergred makanan. Secara tak langsung rupa makanan tersebut pun nampak elok dan selamat dari pencemaran. Barulah pelanggan pun confident nak beli makanan yang anda jual. OK? :)


Misya : Tutup aurat bukan balut aurat.

Comments

Syaz Rahim said…
Untuk makanan, memang kena judge by its cover kan ;)
Tiara Sapphire said…
suka nasi lemak balut dgn daun pisang, bau dia tu hmmmm sedap..hehe ♕Tiara Sapphire♕
Jannah Ramli said…
Tips yang bagus sebab pemakanan ni akan beri kesan pada kesihatan kita nanti.
mamapp said…
mmg kena alas jgn kena direct dgn makanan. kalau korang tgk air dan chemical yg dilalukan pada paper suratkhabar tentu korang akan alas. tak bagi direct contact

Popular Posts