Keunikan di Restoran Serabei, Putrajaya

Salam. Pernah dengar restoran Serabei? Takde kaitan dengan serabai ya. hehe.. But mendengar namanya pun memang unik. Mula-mula saya dengar tentang restoran ni, tertanya-tanya juga apa menu yang dihidangkan ya? Rupa-rupanya lebih kurang macam restoran Tomyam cuma dalam rekabentuk yang lebih hipster gitew. Walaupun menunya tomyam dan seangkatan dengannya, bukan waktu dinner je boleh datang but waktu lunch pun boleh menikmati tomyam kat sini.

Ok first of all, mana datangnya perkataan Serabei tu? Actually Serabei tu sejenis manisan a.k.a dessert yang disajikan kat sini. Menarik kan? Sejenis kuih tepung kelapa yang lembut dan dicicah dengan sos gula perang yang manis. First saya rasa memang unik. Dessert ni lah yang mempopularkan restoran ni rupanya.

Ok like I said earlier, Serabei ni ala-ala restoran Tomyam so memang menunya pun ada tomyam dan masakan panas yang lain. Masa datang sini kami order tomyam seafood. Rasanya? Sedap juga. Pekat dan cukup rasa tomyamnya.

One of my friend order lauk paprik. Pun sedap!

As usual bila ada tomyam kenalah ada telur dadar. hehe

My favourite drinks, Apple Asam Boi. Almaklum masa datang sini saya tengah pregnant, so memang craving dengan air masam-masam manis ni untuk kurangkan rasa mual. 

Kami ke sini bertiga. Me with Kak Hasniza dan Kak Rizaiton. Kadang bosan makan kat cafe office, sesekali kami keluar lunch kat luar. 


Our menu for lunch. Simple je but sedap dan mengenyangkan.


Serabei Putrajaya ni terletak kat Ayer 8, Putrajaya.

So far saya puas hati tengok layanan dan amalan pekerja kat sini. Dah nama pun food technologist memang bab hygiene tu number 1 kot if makan di mana-mana. So far Serabei ni memenuhi tahap piawaian kebersihan yang baik. Cuma tempatnya agak kecil so takleh nak memuatkan ramai pelanggan sangat. Apa-apa pun moga Serabei terus maju.



Misya : Tak suka tempat serabut (ramai orang).

Comments

ShirVen said…
tomyam tu mengiurkan. lama dah tak makan
Jannah Ramli said…
Nampak sedap menunya.
dessert tu tak silap mcm masakan indonesia. Pernah tgk dlm tv..
Misya said…
@nurul aqidah azahar Oyeke? huhu ingat manisan ni asal dari Kelantan.
Han Hanni said…
sedap-sedap menu nya.. tomyam dia nampak best!

Popular Posts