Nasi lemak daun ketum?

Salam. Oops! Tengah sis sedap menikmati nasi lemak bungkus yang dijual oleh jiran rumah sis ni, sis terselak daun pisangnya then ternampaklah berita yang kurang menyenangkan. 'Daun Ketum seberat tiga tan yang dirampas sebelum kejadian'. Wow banyaknya daun ketum yang dirampas. Walhal sis tak tahu pun orang buat apa dengan daun ketum ni sampai nak diseludup-seludup. Katanya boleh mengakibatkan khayal atau dikatakan 'mabuk ketum'. Ye ke? hehe.. 


Haippp! Korang fikirkan apa tu? Sis fokus kat gambar bungkusan daun ketum, bukan gamba hamba Allah kat bawah tu. hehe.. But seriously masa sis belek-belek then terselak daun pisang nasi lemak ni, terkejut tengok gambar 'beliau' muncul kat situ. Macam main cak-cak pula dengan sis. hihihi. Tak baik tau, jangan salah faham.. Entry ni tiada kaitan dengan politik ok. 

Nasib baik dah nak habis nasi lemak sis makan ni. Mana tahu terkejut punya pasal boleh terkeluar balik nasi lemak sis. hehe melampau la gitu kan? Pape pun nasi lemak ni sedap bukan sebab dan ketum tapi daun pisang ok. Janganlah serius sangat..;)



Misya : Confuse dengan daun kesom.

Comments

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts