Punca bil elektrik melambung!

Salam. Sejak dua menjak ni agak kecoh orang ramai dengan bil elektrik yang melambung gara-gara PKP. Jangan kata orang biasa, incik suami saya yang bekerja di TNB (takde kaitan dengan deparment bil atau tarif letrik) pun dapat bil melambung. Around RM600++!! Saya dengar pun terkejut beruk gak la. TAPI husband saya rileks je dan katanya logiklah bil tinggi. Memang betul penggunaan kami sangat tinggi starting PKP berbanding hari bekerja biasa. Sebab dia yang pantau dan bayar bil letrik rumah kami. Hehe.. Ok apa punca bil eletrik kami tinggi?

1. Aircond almost 24 hours berjalan. Dan kami ada 3 biji aircond iaitu di master bedroom, ruang tamu dan bilik tetamu. Bilik tetamu jarang on tapi masa saya berpantang, mak mertua dan adik ipar datang tolong jagakan saya dan anak-anak dalam 2 minggu. Kalau kerja, aircond master bedroom je jalan tu pun waktu nak tidur (10@11pm) baru on sampai Subuh.  Dahla masa PKP, Putrajaya panas bak hang so aircond tu dah jadi sangat diperlukan walaupun kami cuba juga berjimat dengan tinggikan suhu lebih daripada 24°c all the time.

2. Husband sejak starting work from home, kena sentiasa standby dengan laptop, handphone dan printernya. Kalau tak, semuanya bergantung pada eletrik kat office. Saya sendiri awal-awal PKP sebelum bersalin, work from home juga. Memang standby on laptop sepanjang siang hari. 

3. Lepas bersalin, rezeki BabyS melimpah dengan breastmilk sampai saya terpaksa pam buat stock. Peti ais yang ada dah tak muat untuk simpan susu so kami terpaksa beli chest freezer. Memang menambah lagi penggunaan eletrik. Tambah pula lagi nak kena charge breastpump selalu. 

4. Bila tak hantar anak ke pengasuh, hari-hari kena mandikan sendiri anak-anak. So water heater kat bilik air memang sentiasa guna pagi dan petang untuk 1 family mandi.

5. Since PKP memang saya suka try macam-macam jenis masakan. So, penggunaan gajet dapur meningkat. Such as air fryer, oven, microwave, blender dan mixer. Belum lagi asyik buka tutup peti ais untuk simpan dan ambil makanan/bahan mentah. Penggunaan water filter (such as Coway, Cuckoo, Biopure Elken dan lain-lain) juga meningkat sebab bila masak of course banyak gunakan air untuk basuh bahan mentah dan digunakan untuk memasak. Bila dah duduk rumah, asyik-asyik ke dapur buat air 3 in 1.  

6. Masa berpantang, saya gunakan khidmat confinement lady (CL). Which ada rawatan sauna dan tangas yang memang menggunakan eletrik utk on alat-alat berkaitan. 

7. TV dan Astro hampir sepanjang masa on. Tak on pun waktu tido je. Erina pulak dah pandai request nak tengok kartun/lagu-lagu favourite dia. 
 
8. Charger handphone, biasa waktu kerja mesti charge kat office atau dalam kereta. Ni kat rumah, kadang lupa nak off charger lepas guna. Dah takde watpe kat rumah, confirm asyik belek fon main game/shopping online/update media social. So bateri cepatlah habis, maka cepat dan selalulah kena charge. 

9. Internet, haa ni confirm 24 jam guna. Kalau tak, bosan lah duk uma takde internet. Husband pun perlukan internet untuk wat kerja dan meeting online sepanjang PKP. 

10. Mesin basuh, hari bekerja cuci baju kadang seminggu 1@2 kali je. Laa ni, dengan tambah baby lagi sorang, load baju kotor pun makin bertambah. So frekuensi cuci baju confirmlah kena ditingkatkan 4-5 kali seminggu. Plus my mom in law dan adik ipar stay 2 minggu pun tumpang basuh baju. Dah berapa kali mesin basuh run kan?

11. Lampu, kipas dan barangan eletrik lain, nampak macam kecil je penggunaan tapi sebab dah duduk rumah, memang akan guna lebih banyak daripada biasa. And ada yang maybe terlupa nak off so terbiar je tanpa kita perasan. Siang hari kalau hujan, rumah gelap mestilah nak pasang lampu. Masuk bulan Ramadhan dan Syawal, lampu liplap nak on juga sepanjang malam bagi rumah nampak meriah.


Mula-mula saya tak nampak dan rasa marah juga why bil letrik melambung. Family kami tak besar pun. So saya muhasabah diri balik. 11 benda (maybe lebih) ni yang bagi saya ramai tak perasan which nampak kecil tapi bila combine, memang jadi besarlah amaun RM kena bayar. Husband saya jenis tiap bulan memang sentiasa bayar je siap-siap walaupun tak terima bil. So takdelah terbeban sangat nak bayar sekaligus amaun tu.



Nasib baik saya bijak mencari punca bil letrik kami tinggi. Hehe. Dan juga nasib bek tak terpengaruh dengan dakyah meng'yahudi'kan TNB. Kesimpulannya jadilah orang yang bijak. Stupid la TNB if saja-saja nak cas bil orang ratus-ratus malah ribu riban tanpa sebab. By the way, kerajaan pun dah bagi bantuan kepada rakyat untuk mengurangkan beban nak bayar bil elektrik yang mencanak ni. So stop la asyik blaming sana sini. At least ada juga eletrik sepanjang PKP. If masih nak kecam juga, tak tahulah nak cakap apa. Buatnya takde elektrik, mahu mati kebosanan takleh wat pape kat rumah. Bukanlah nak backup TNB disebabkan suami saya kerja sini tapi kita kadang kenalah fikir secara logik. Kami pun rakyat marhein yang membayar bil elektrik juga. Maka jadilah orang yang rasional.

Boleh rujuk TNB Careline untuk penjelasan lanjut berkenaan bil melambung ni.


Misya : Perangai mudah melatah lagi yahudi.

Comments

Popular Posts