Punca sebenar kematian Bob, A Street Cat

Salam. Baru-baru ni saya ada share berita sedih tentang kematian kucing terkenal iaitu Bob dalam entry INI. Mula-mula saya ingatkan Bob mati disebabkan faktor usianya yang dah mencecah lebih kurang 14 tahun plus maybe Bob ada masalah kesihatan. Tapi rupa-rupanya Bob mati disebabkan punca lain. Tak sangka sangat punca Bob pergi dalam keadaan mengejutkan semua pencinta kucing. Yang paling terkesan sudah tentu tuannya, James Bowen. Pasti sukar untuk beliau menerima hakikat.


Menurut James, Bob sebenarnya mati disebabkan kecederaan yang dialami selepas dilanggar oleh sebuah kereta tak jauh dari rumah dorang. Sebelum tu Bob hilang tetapi usaha mencarinya berhasil. (Seolah-oleh Bob tahu dia akan mati, tu sebab dia menghilangkan diri).



Selain kecederaan akibat accident, Bob juga menghidapi penyakit buah pinggang stage 2 tapi doktor vet menjangkakan Bob masih boleh hidup beberapa tahun lagi. Tapi yela, ajal maut di tangan Tuhan. Bob pergi lebih awal tanpa disangka. Saya sendiri pun terkejut dengan kematian Bob which saya fikir bila dia dah famous seluruh dunia, confirm dia akan dapat layanan 1st class oleh James dan tak mudah hilang atau jatuh sakit. Maybe Bob seekor kucing yang sangat baik dan berjasa pada manusia yang memeliharanya so Tuhan ambil dia lebih awal. Daripada dia suffer akibat cedera atau cacat atau penyakit yang dialaminya, better dia pergi buat selama-lamanya. Hope James keep strong. 


Sumber : Facebook A Street Cat Named Bob


Comments

Syaz Rahim said…
Kesian.. saya ada buku diorang ni, bila tah bob dah mati, sedih pulak rasanya..
Warisan Petani said…
14 tahun umur kucng kira panjang umur.
Bob dah warga emas tu.
Misya said…
Tula plg lama rekod dicatatkan kucing plg lama hidup 20 thn if tak silap.

Popular Posts