Red Bean Pearl Milk Tea by Tealive tanpa pearl pun tetap ketagih!

Salam. Sejak-sejak fall in love dengan Tealive ni, almost every month mesti nak repeat. Tapi dalam banyak-banyak jenis minuman yang dia offer, saya tetap pilih Red Bean Pearl Milk Tea ni. Kekadang bila beli, 'pearl' nya out of stock, saya tetap beli red bean milk tea je. Still sedap dan lebih puas minum sebenarnya. Kena tengahari panas-panas, perghh memang marvelous! So saya jadi ketagih dengan benda alah ni. Haha.. But don't worry, saya biasanya akan pilih less sugar sebab tahu dan aware tak elok minum manis-manis selalu. Umur-umur gini kenalah jaga kesihatan ye dok?

Apa yang membuatkan saya suka adalah rasa fresh teh susu digabung dengan lemak manis red bean. Then bila hirup, rasa sejuk teh ais yang melalui anak tekak tu buat seperti rasa macam dalam syurga. hehe.. Over!

But honestly memang terbaiklah produk Tealive ni. Saya ada tengok jenis-jenis lain minuman yang ditawarkan but bila datang je Tealive last-last still order yang sama juga. As a food technologist, saya puji lah cara penyediaannya juga bersih dan selamat. Tu sebab saya suka. Hygiene and safety first!

Time PKPP ni pun sempat singgah Tealive di Ayer 8, Presint 8, Putrajaya. Saya tengok dah banyak branch dan kiosk Tealive dibuka kat area Putrajaya ni. Maybe orang sini ramai yang gemar minuman ala-ala hipster gini. Almaklum Putrajaya ni kalau time panas, memang tak tahan kekadang. That's why Tealive sangat diperlukan agaknya. hehe.. Kipidap Tealive!



Misya : Better than teh tarik mamak yang terlampau manis.

Comments

AzianKhalil said…
Belum pernah rasa Tealive ni...hihi... nanti bila2 nak rasa jugak la...
Aini said…
Tak pernah rasa yang red bean....nak kena cuba sekali nampaknya
Misya said…
Hehe tryla sis. Sy dulu pun tak pernah trringin nak rasa, sekali dah rasa terus jatuh hati. Hehe
Jannah Ramli said…
Saya pun selalu order menu yang sama je setiap kali ke Tealive. Memang order signature brown sugar pearl milk tea je.
Han Hanni said…
Tak pernah try yang ni. Biasa beli coklat and strawberyy pudding. kena try jugak lepas ni. Kat rumah dah ada TeaLive baru buka

Popular Posts