Resipi Ikan Selar Masak Taucu

Salam. Pernah makan masak taucu? Taucu ni sejenis kacang masin yang diperam dan dijual dalam botol. Biasanya taucu orang guna untuk masak sayur atau ikan. So kali ni saya share resipi saya menggunakan taucu dalam masakan ikan. Yang penting resipi ni sangat senang, makan lauk ni je pun dah terangkat!


Bahan-Bahan

Ikan Selar (Guna ikan lain pun boleh)
Bawang Besar / Benggala 
Bawang Putih
Halia
Cili Merah
Taucu (jenama Tamin)
Serbuk Kunyit
Garam




Kaedah Memasak

1. Goreng ikan yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Agak-agak ikan dah masak, bolehlah diangkat dan ketepikan dalam pinggan lain. Kali ni saya goreng ikan menggunakan air fryer suhu 160°C selama 20 minit. (Sebab gas habis!) hehe..


2. Tumiskan  hirisan bawang besar/benggala, bawang putih, cili merah dan halia sehingga terbit bau.


3. Then, masukkan 1-2 sudu taucu ikut citarasa memasing. Taucu ni dah masin so tak perlu letak garam dah lepas ni. If terlebih sangat pun tak elok juga takut terlebih masin. So kena pandai-pandai agak. Ada sesetengah brand taucu tak berapa masin boleh letak lebih sikit. Masukkan sedikit air dan kacau sehingga mendidih. Nak lebih kuah, letak lebih air.


4. Masukkan ikan selar yang telah digoreng tadi. Kacau sehingga rata dan siap dihidangkan.





Senang je kan resipi ni? Halia tu pun tak letak pun takpe. Gunakan je bahan apa yang ada di dapur. Mudah dan pantas disediakan. Selamat mencuba!



Misya : Masam manis pahit masin dalam kehidupan itulah pengalaman.

Comments

Han Hanni said…
sedapnya.. kami tak pernah masak guna taucu. buleh try lepas ni

Popular Posts