Resipi Kari Ayam Roti Jala Sedap

Salam. Dah tengok Resipi Roti Jala saya share dalam entry sebelum ni? Bila dah ada roti jala of course lah kena ada kuah kari ayam untuk dinikmati bersama kan? Mana mungkin orang makan roti jala kosong gitu jah. Haha.. Ok, settle bab menjala, jom kita mengkari pula. Resipi ni confirm sedap tau! 


Bahan-Bahan


1. Isi ayam (Potong kecil-kecil)
2. Kentang 
3. Carrot
4. Bawang Besar
5. Bawang Putih
6. Bawang Kecil
7. Halia
8. Kulit Kayu Manis
9. Bunga Lawang
10. Biji Pelaga
11. Asam Keping
12. Santan Kotak
13. Cili Kisar
14. Serbuk Ketumbar
15. Daun Kari
16. Serbuk Kari Daging Baba's
17. Garam dan Gula


Kaedah Memasak

1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia sehingga halus.


2. Tumiskan bahan kisar bersama 3 tangkai daun kari (tangkainya dibuang), bunga lawang, kulit kayu manis dan biji pelaga. Tumis sehingga terbit bau yang sangat menyelerakan.



3. Sambil-sambil tu campurkan serbuk kari daging, serbuk ketumbar dan sedikit cili kisar (nak pedas boleh tambah lagi).



4. Masukkan bancuhan serbuk kari dan cili tadi serta asam keping ke dalam bahan tumisan. Kacau sehingga rata semua bahan.



5. Masukkan isi ayam dan air lalu biarkan mendidih.



6. Masukkan santan, kentang dan carrot. Taburkan sedikit garam dan gula secukup rasa. Agak-agak telah mendidih, perlahankan api dan biarkan kari tersebut direneh. Bolehlah dihidangkan bersama roti jala panas-panas. Confirm sedap sehingga menjilat jari! 






Misya : Tak dapat jala ikan, jala hati suami pun boleh. Cia cia cia!









Comments

Popular Posts