Resipi Roti Jala Mudah

Salam. Kali ni sis nak share resipi nak buat roti jala. Tak pernah-pernah sis 'menjala', kali ni sis try 'menjala'. Rupa-rupanya takdelah susah mana as long as cukup bahan (tu pun bahan basic yang ada di rumah). Even takde acuan roti jala pun masih boleh cuma kena DIY sikitlah acuan tu guna botol plastik yang ada. How? Boleh google. hehe. Sebab saya memang ada acuan roti jala cuma tak berapa rajin nak menjala. Ni musim PKP ni banyaklah masa untuk menjala. Jom tengok resipi roti jala by me yang boleh anda try.


Bahan-Bahan


3 cawan tepung gandum
3 cawan air
2 setengah sudu minyak masak
1/2 kotak santan
1 sudu kecil garam
1 biji telur
Sedikit pewarna kuning/serbuk kunyit


Oh ya, acuan roti jala tu sis beli kat Shopee. Murah je dalam RM5.00 harganya. 


Kaedah Membuatnya

1. Kisar semua bahan sehingga halus. If rasa masih terlalu pekat boleh tambahkan air sedikit demi sedikit.



2. Camne nak tahu adunan roti jala sesuai dijala? Boleh try dulu kat mana-mana permukaan (contoh : pinggan), if elok adunan tu keluar tanpa putus-putus tu means ok dah tu sesuai untuk menjala. Macam sis suka roti jala yang nipis dan garing sedikit so sis tambah air lebih sedikit supaya cair.


3. Panaskan kuali leper (better non-stick pan) dan sapukan sedikit minyak masak.


4. Then tuangkan adunan roti jala dalam acuan tadi ke atas kuali. Terpulanglah nak jala ikut bentuk apa. 

5. Biarkan dalam 1 hingga 2 minit (nak garing, biarkan lebih lama). Tak perlu dibalik-balikkan. Terus gulung ikut citarasa masing-masing dan angkat susun dalam pinggan.


6. Beginilah rupa roti jala sis. Tangan tak berapa nak berseni tu yang kejap tebal, kejap nipis roti jala sis. Hehe.. Tapi bila beberapa kali buat barulah ada skill sikit. So kena buat selalu la kan maknanya? Ahakss.. Nak makan dengan apa roti jala ni? Of course dengan kuah kari ayam! Untuk kuah, sis story dalam entry Resipi Kari Ayam Roti Jala ni. Selamat Menjala!



Misya : Menjala takpe jangan menjalang ya!

Comments

  1. itulah, saye xde acuan tu..nak diy xpndai pulak, rasa kena g cari botol tu dekat mr diy ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts