Resipi Sambal Ikan Bilis

Salam. Kali ni saya nak share resipi mudah untuk masak sambal ikan bilis. Which sambal ni boleh dimakan dengan nasi lemak, lontong or anything. Cicah roti pun boleh! huhu. Raya baru ni saya buat sambal ikan bilis untuk dimakan dengan lontong. Memang marvelous!


Bahan-Bahan

Ikan Bilis
Bawang Besar
Bawang Putih
Cili Giling/Kisarjenama Puteri)
Asam Jawa
Garam dan Gula

Kaedah Memasak

1. Goreng terlebih dahulu ikan bilis sehingga garing mengikut kegemaran. Macam saya memang suka garing-garing supaya sambal tahan lebih lama. Makan pun best nanti ada krup krap gitu. hehe
2. Dengan lebihan minyak goreng ikan bilis tadi, tumiskan hirisan bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
3. Masukkan cili giling/kisar dan kacau rata. Nak pedas lagi, letak lagi banyak. Biarkan sehingga pecah minyak. Masukkan ikan bilis dan gaul sehingga rata semua bahan.
4, Last sekali letak sedikit asam jawa, garam dan gula. Selepas sambal mendidih sedikit, padam api dan siap dihidangkan.


Ginilah rupa sambal ikan bilis saya. Mudah kan? Boleh buat banyak-banyak simpan untuk makan anytime.



Raya pertama saya makan sambal ni dengan lontong.

Raya kedua saya masak nasi lemak dan gunakan sambal bilis yang sama. Dengan syarat sambal tu masuk peti ais tau then hangatkan. Jangan dok biar gitu je kat luar seharian nanti rosak pula sambal. Ok selamat mencuba!


Misya : Tak pedas tak kick.


Comments

Nour Adieb said…
ehhh, resipi simple. i like! bahan2 pun x bnyk ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘ resipi cenggini sy suka try ๐Ÿ™Š tq share
Misya said…
Hehe selamat mencuba!
Jannah Ramli said…
Sedapnya lontong๐Ÿ˜‹.

Popular Posts