Resipi Sambal Sardin Paling Mudah

Salam. Dah bosan makan lauk heavy-heavy? Option terakhir selalunya adalah lauk sardin. Sebab ni masakan paling simple especially untuk orang bujang kan? Jangan kata bujang, golongan mak-mak pun suka! Hehe. Mudah dan cepat disediakan bila kesibukan melanda diri. So saya share resipi mudah Sambal Sardin yang saya belajar dari Mak Andak saya bertahun yang lepas. Tiap kali beliau masak Sambal Sardin ni memang berpinggan saya makan. Cuma beliau lebih rajin dari saya sebab semua bahan beliau tumbuk secara manual dengan lesung batu. Saya nak cepat just hiris-hiris then campak je. Cili pun guna yang segera punya. Hehe. But hasilnya still marvelous! Gitew, angkat bakul sendiri. Ahaks! Ok dah jom try resipi Sambal Sardin Mudah saya ni.


Bahan-Bahan

Sardin 1 tin (saya pilih jenama Ayam Brands)
Cili Kisar (jenama Puteri)
Bawang Besar/Holland (1 biji)
Bawang Putih (3-4 ulas)
Halia (1 inci)
Sedikit Garam

Kaedah Memasak

1. Tumiskan hirisan bawang besar/holland, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar (kuantiti ikut suka nak pedas mana) dan kacau sehingga pecah minyak. If nak pedas lagi bolehla tambah hirisan cili padi. 
3. Masukkan sardin dan gaul semua bahan sehingga rata. Tabur sedikit garam secukup rasa dan biarkan mendidih. 
4. Dah siap bolehlah hidang dengan nasi panas-panas. Nak lagi syok dimakan dengan lauk tambahan sayur kangkung goreng belacan. Perghhh memang terangkat! Hehehe.. Tapi kali ni saya masak sayur bayam tumis air and still marvelous!


Misya : Sardin bukan bermakna sengkek.

Comments

  1. Masa kecik2 dulu, makan sardin mentah pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohyeke.. mcm sy takleh makan mentah gitu. Rasa mual. Hehe. Kena masak dulu jadi sambal camni baru boleh telan. Hehe

      Delete
  2. ni sedap kalo mkn ngn nasi panas2!
    lepas tu tmbh telo dadar..
    fuuhhh nikmatnyaaa.. hehe

    ReplyDelete
  3. Nak masak sadin pagi tadi....tp sadin dah habis pula

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts