Resipi Sotong Goreng Kunyit Ringkas

Salam. Actually sis pernah share resipi yang hampir serupa dalam entry INI but kali ni sis improvised sedikit bahan dan kaedah memasak Sotong Goreng Kunyit ni dengan cara yang lebih ringkas dan mudah but still sedap dimakan dengan nasi panas-panas.


Bahan-Bahan

3-4 ekor sotong (terpulang nak potong camne)
Serai
Serbuk Kunyit
Kentang
Cili Padi
Bawang Besar
Bawang Putih


Kaedah Memasak

1. Goreng sotong terlebih dahulu.


2. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, serai dan cili padi sehingga terbit aroma.


3. Masukkan kentang dan masak sehingga kentang empuk. Maybe boleh tambah sedikit air ketika ini dan tutup kuali untuk mempercepatkan kentang menjadi empuk.


4. Masukkan serbuk kunyit dan gaul sehingga semua bahan menjadi rata.


5. Letak sedikit garam secukup rasa, gaul sehingga mendidih dan padamkan api.



Hidangan sebegini boleh dimakan untuk 2 orang. Mudah kan? Boleh cuba. :)



Misya : Nak try masak sambal sotong kering. 


Comments

Popular Posts