Resipi Tauhu Bergedil Mudah dan Sedap

Salam. Peminat tauhu bergedil pasti suka entry ni. Plus memang banyak dah orang buat dan jual secara online. Maybe sebab rasanya sedap dan mudah dibuat. Cuma saya personally belum jumpa lagi tauhu bergedil yang betul-betul sedap dan kena dengan tekak saya. Saya suka makan bergedil, so boleh tahu sedap ke tak sedap sesuatu bergedil tu. huhu. So kali ni saya try buat sendiri di rumah. PKP kan takde benda nak buat why not try resipi-resipi baru. Saya jumpa resipi paling mudah di facebook then saya adjust sedikit. Hasilnya memang marvelous! hehe sorry angkat bakul sendiri pula.


Bahan-Bahan

Kentang
Ayam Kisar Ramlee
Lada Berperisa (Brand Ajinomoto)
Daun Bawang
Telur
Cili Merah
Cili Padi
Kicap Pekat Manis ABC
Bawang Putih
Bawang Goreng
Tauhu/Tofu Kering
Limau Nipis



Kaedah Memasak

1. Goreng ayam kisar dan tabur sedikit lada berperisa sehingga ayam menjadi kekuningan. Kemudian angkat dan letak dalam pinggan yang lain.



2. Hiris kentang (saya gunakan alat penghiris - supaya kentang cepat masak) dan goreng sehingga kentang menjadi empuk. Angkat dan masukkan dalam mangkuk. Kemudian lenyekkan kentang tersebut hingga hancur.




3. Masukkan ayam kisar yang telah digoreng tadi, hirisan daun bawang (boleh add-on daun sup sedikit), bawang goreng dan sedikit lada berperisa. Gaul semua bahan sehingga rata untuk dijadikan inti bergedil.



4. Potong separa tauhu goreng dan masukkan inti bergedil tadi.




5. Pukul telur dan letakkan sedikit lada berperisa. Salutkan tauhu yang telah disumbatkan dengan inti bergedil tadi dengan telur tersebut. Jangan lupa panaskan minyak dalam kuali.




6. Goreng tauhu bergedil tersebut sehingga kekuningan. Time ni aromanya sungguh menusuk jiwa! hehe.. Dah siap, bolehlah diangkat letak dalam pinggan.



7. Ooppss jangan lupa tauhu bergedil lebih sedap dimakan dengan sos pencicahnya. Kisar cili merah, cili padi, sos pekat manis ABC, air perahan limau nipis, bawang putih dan sedikit air sehingga halus.




8. Ok sos dah siap, so bolehlah dihidangkan dengan tauhu bergedil tadi.

Amacam? Terliur tak? hehe.. Comel-comel je tauhu bergedil saya ni. Actually this is my first time buat tauhu bergedil. Yang penting husband sangat suka! Sepanjang makan tu asyik dok puji je sedap,  mantap gitu katanya.


Sekejap je dari banyak-banyak tauhu bergedil tinggal beberapa ketul je kami lahap. hehe..

So, next time boleh buat lagi. Jadikan kudap-kudapan memang marvelous.

Credit recipe to Majalah Keluarga



Misya : Jangan jadi degil.








 


Comments

Popular Posts