Resipi Terung Balado dengan Tempe & Kentang

Salam. Hari ni saya try resipi yang diinspirasikan daripada my facebook friend, Cik Nana (wife kepada pelawak Mamat Sepah) iaitu Terung Balado. Masa mula-mula nampak beliau posting kat fb resipi ni terus terliur dan save siap-siap. Hari ni try Alhamdulillah menjadi dan memang sedap resipi ni. Sangat senang makan dengan nasi panas-panas lauk ni je pun dah cukup. 


Bahan-Bahan

Terung (1 biji besar)
Kentang (3 biji kecil)
Tempe (2 peket)
Ikan Bilis (Segenggam)
Cili Merah (5 biji)
Cili Padi (10-12 biji, terpulang nak pedas mana)
Bawang Besar (1@2 biji)
Bawang Putih (3 ulas)
Asam Jawa
Belacan (1/2 inci)
Garam dan Gula


Kaedah Memasak

1. Goreng dahulu terung, kentang, tempe dan ikan bilis. Kalau saya ikut aturan menggoreng, mula dengan kentang, terung, ikan bilis dan akhir sekali tempe. Angkat dan asingkan dahulu bahan yang telah digoreng.



2. Kisar bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili api tapi jangan halus sangat ya.


3. Dengan menggunakan minyak lebihan menggoreng bahan-bahan utama tadi, tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak. Jangan lupa masukkan belacan dan sedikit air asam jawa.


4. Setelah pecah minyak, masukkan kesemua bahan utama yang telah digoreng tadi. Gaul sehingga rata sehingga bahan. Tabur sedikit garam dan gula secukup rasa. 




Siap dihidang.




Misya : Suka tempe sebab berdarah Jawa.

Comments

Popular Posts