New Blogger interface is not user-friendly?

Salam. As you all know, blogger dah upgrade paparan (interface) sepenuhnya bulan Jun ni. Mula-mula excitedlah juga nak guna setting baru tapi rupa-rupanya indah khabar dari rupa. huhu. Tapi nak taknak still kena guna interface yang baru ni. Ada beberapa part yang saya rasa admin Blogger kena review agar kekal user-friendly. 

1. Saiz gambar tidak boleh ditukar.

Untuk setting lama, kita boleh pilih untuk resize gambar yang dimuatnaik samada nak size small, medium, large or extra large. Yela, kadang kita perlukan resize untuk fokuskan something dalam gambar bila nak explain something dalam entry.

But dalam setting baru, langsung takde function resize ni. Yang ada just photo alignment dan add caption. Agak frust juga bila dah tak boleh resize. Kena keseluruhan paparan blog alignment jenis besar, sekali gambar kita upload tu jadi kecil je sebab takleh resize untuk besarkan. Hmm..


2. Tiada auto-select untuk pilihan "Open this link in a new window"

Dalam setting lama, once kita select sampai bila-bila pun akan kekal begitu. Plus ruangan untuk letak URL link tu dibiarkan kosong, senang nak paste kan URL link directly after copy.

Dalam setting baru, tiap kali nak update entry dan masukkan link mesti kena klik secara manual pilihan new window ni. Bagi saya leceh takut terlupa. Sebab saya tak suka bila orang baca entry saya, once dia klik link tu terus hilang blog saya dari pandangan viewer. Then ruangan URL tu dah siap-siap dia letak link yang entah apa-apa. Nak kena delete dulu baru boleh copy dan paste kemudian. Banyak plak kerja bila nak linkkan sesuatu.


So far ni sahaja kelemahan yang perlu admin Blogger tambah baik. Tak tahulah luahan saya ni didengari atau tak. huhu. Takpelah janji terluah juga di sini. Saya sayang my blog ni. Tapi bila ada part kurang user-friendly, jadi malas pula nak update. Hope admin take note ya! Gitu..



Misya : Friendly only after dah kenal seseorang.







Comments

Tiara Sapphire said…
boleh resize gambar dalam new interface tu. klik kat button edit yg pensel tu.
Syaza Raihanah said…
Hi, yg resize tu maybe misya boleh tekan icon yg macam pen dalam kotak merah tu. Kat situ boleh setting size kalau tak silap 😊
Fadzi Razak said…
Untuk function resize gambar tu ada. Tekan gambar, tekan dekat bahagian edit (gambar macam pencil tu). Dekat situ kita boleh pilih size apa yang kita nak. Dan dekat situ jugak kita nak letak title text dan alt text.
Sangat remeh kepada kita semua. Harap masalah ini ada solusinya hehe
Misya said…
Thank you semua yang bagi feedback. Selesai masalah saya! :) http://www.aimisyahirah.com/2020/06/masalah-resize-photo-dalam-new-blogger.html

Popular Posts