Sedapnya Roti Paratha jenama Fatihah ini!

Salam. Siapa pernah try roti paratha frozen keluaran Fatihah ni? If belum, memang saya suggest untuk try sebab sangat sedap tau! Kebetulan saya masak kari ayam untuk dimakan dengan roti jala semalam ada lebih, so saya hangatkan roti paratha Fatihah ni.


Cara nak hangatkan roti paratha ni sebelum boleh dimakan sangatlah senang. Tak payah nak mencanai-canai bagai. Even keluar je dari peti ais dah boleh terus hangatkan. Tak perlu defrost kan terlebih dahulu.

Gini rupa paratha ni sebelum dihangatkan. Ianya sangat cepat defrost, so teksturnya akan jadi lembut. If lambat dipanaskan nanti melekat susah nak tarik dari plastiknya.

Just panaskan kuali leper non-stick, nak sedap lagi letakkan sedikit butter. Then letakkan paratha tadi atas kuali.


Biar je selama beberapa minit, paratha ni akan kembang sendiri. Sekali imbas macam roti canai atau roti boom. Balik-balikkan supaya masak sekata kedua-dua permukaan. Jangan biar lama-lama nanti hangus pula.

Agak-agak rupa dan warnanya dah memuaskan hati, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Sedapnya roti paratha ni if makan camtu je pun sedap. Terasa lemak masin manisnya. Plus saya panaskan guna butter lagilah sedap. huhu.. 


Misya : Teringin nak buat roti canai sendiri.






Comments

  1. Nampak sedap...kalau makan dengan susu pekat pun beat nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh belum pernah try lagi makan dgn susu. Hehe..

      Delete
  2. tgk pun tau, sedap nih..boley buat base pizza jugak!

    ReplyDelete
  3. nampak kuali yang merah menyala je...cantiknyaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe 1st time ni org komen kuali saya cantik. Hehe tq sis.

      Delete
  4. pernah try, lembut sedap.. makan ngan kuah kari sedap

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts