Sedih Bob, A Street Cat dah mati...

Salam. Sedihnya bila dapat tahu about kucing yang sangat terkenal berasal dari kota London iaitu Bob telah mati pada 15 Jun 2020 yang lalu. Melalui page A Streetcat Named Bob, mereka memaklumkan berita tersebut :

"Hodder & Stoughton and James Bowen are saddened to announce the death of Bob the cat on 15 June at the age of at least 14 years."

Punca kematian tidak diketahui but berkemungkinan faktor usia Bob dan masalah kesihatannya menyebabkan Bob tidak dapat bertahan. 


Actually saya pernah story tentang Bob dan tuannya James Bowen di SINI which masa tu saya baru mengenali mereka. Since that saya mencari-cari buku hasil tulisan James about his cat yang berjaya mengubah hidupnya dari seorang bekas penagih dadah. So far saya berjaya mendapatkan buku 1st tentang Bob yang bertajuk 'A Street Cat Named Bob'. To be honest saya menangis bila baca kisah mereka dalam buku tu. Bukan saja buku malah kisah dorang difilemkan tapi sayangnya movie ni tak ditayangkan di Malaysia.



Dan semalam saya dapat tahu Bob dah tiada lagi kat dunia ni. So sad... :( Dah lah saya baru je download movie tentang dorang which tak sempat nak tengok lagi. Even until now saya still mencari-cari buku-buku lain tentang Bob yang ditulis oleh James Bowen but unfortunately susah nak jumpa kat Malaysia ni. Pelik! Yang ada pun dalam bentuk online which kena beli link untuk download softcopy which saya tak gemar membaca buku dalam bentuk digital. 


Walaupun saya tak pernah jumpa si Bob ni, but tetap ada rasa sayang sebab dia bukan kucing biasa-biasa. Disebabkan Bob, hidup seorang manusia yang dikatakan tidak berguna terus berubah dan rezeki dorang mencurah-curah sampai jadi terkenal di seluruh dunia. 


Hope James kuat menghadapi kehilangan Bob. Teruskan kehidupan yang ada dan jangan sesekali putus asa in your life. Bob will always 'be there' looking at you. Thank you so much for sharing your wonderful life journey with Bob to us. We will miss you Bob!



Misya : Teringat Tommy kucing jalanan yang kami jumpa tapi hilang di jalanan juga.

Comments

Popular Posts