SEGMEN : UCAPAN BUAT FONTLINERS COVID-19

Salam. Bila ternampak segmen ni terdetik nak join cuma belum ada idea nak buat ucapan yang bagaimana. Nak record video pun tak berkesempatan. Tetiba teringat, my family juga ada yang terlibat sebagai frontliners which saya rasa saya patut appreciate dorang melalui join this segment. So, memang segmen ni saya tujukan buat dorang agar dorang sentiasa bersemangat menjalankan tugas bagi mengekang wabak Covid19 ni.


Klik untuk join

.


Firstly my sister in law, Dr. Nur Wahidah yang bertugas di Kuching, Sarawak. Sejak PKP dilaksanakan, beliau antara petugas perubatan paling sibuk di sana sebab kena trace semua contact rapat dengan kes positif Covid19. Bayangkan keadaan di sana yang perlu melalui jalan-jalan kampung, cuaca panas siap kena naik bot if tak silap untuk masuk ceruk-ceruk kampung. Kena pakai PPE berlapis-lapis yang sangat panas sepanjang masa. Belum lagi berhadapan dengan masalah penduduk yang degil, banyak kerenah dan sebagainya. Memang salute lah dengan adik ipar saya ni! 

Dr. Nur Wahidah, my sis in law. Hehe.. Kami panggil beliau Widah. Masih available tau. Haa giteww... Sorry pinjam gambar Widah untuk entry ni. Nasib baik pakai mask. hehe..

Kagum dengan semangat beliau ke sana ke sini demi memastikan rakyat selamat, beliau as frontliners turun padang gi cari mereka-mereka yang positif Covid19 supaya penularan virus ni dapat dihentikan. Kesian kat frontliners kita penat-penat buat kerja tapi kita tak reti duk diam ke sana ke sini

With her rakan setugas. Walaupun dalam keadaan fully covered gini pun dorang tetap happy jalankan tugas. Even tak dapat balik berhari raya di KL with us sebab cuti dibekukan but they are still strong. Memang salute!


Secondly is my uncle, Pak Andak (adik ipar ayah saya). Saya pernah story tentang bakat Pak Andak saya ni melukis dalam entry INI walaupun beliau sebenarnya seorang OKU. Antara uncle saya paling sporting melayan kerenah anak-anak buah. hehe. Beliau bertugas di Hospital Kuala Lumpur under berkaitan dengan lab camtu. Kena test setiap sample which sangat-sangat high risk for him! So, akibat Covid19, beliau pun turut bertugas as frontliner which kena pakai PPE all the time. Panas dan lemas kot kena pakai PPE ni walaupun dok dalam air-cond. Sabar jela Pak Andak ku. Yang penting tugas tetap berjalan. Oh ya, for those yang perlukan designer untuk bunting, banner, tshirt or anything for your event ke, boleh roger Pak Andak saya ni. Beliau dianugerahkan dengan bakat semulajadi dalam arts tau. Boleh jengah ke FB beliau di SINI.

Kepenatan sampai amik gambar pun terpejam mata. hehe..


So, sebagai menghargai jasa dorang yang berkhidmat sebagai frontliners untuk kita semua, saya nak wish TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK buat mereka dan para frontliners yang lain. If saya di tempat mereka, belum tentu saya mampu. Because of them, kita masih selamat dari dijangkiti dari Covid19. Sama-sama kita #supportfrontliners #staysafe #stayathome #patuhsop agar Malaysia bebas dari Covid19 sepenuhnya. SALUTE!

Hope entry ini memenuhi kriteria segmen ini. Walaupun last minute join, harap dapat memberi sedikit sebanyak semangat untuk para frontliners kita. Didoakan frontliners yang jauh di perantauan dijauhi dari bahaya Covid19 dan dapat kembali ke pangkuan family tercinta dengan selamat. #kitajagakita Cayok2x! :) 


Misya : PKPP menjadikan kita juga frontliners.

Comments

  1. Semoga berjaya dan semoga semua frontliner semua di jaga oleh Allah. AMin!

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts