Siap berlipstick dan pakai dress, Erina excited nak balik kampung!

Salam. Punya excited dapat balik kampung (Seremban je pun), Erina awal pagi dah bersiap-siap pakai dress dan suruh mommy pakaikan lisptick merahnya mak ngah. Mommy busy packing barang, dia sibuk nak melawa. Adoyai lah anak. Gara-gara PKP since March, kami memang dah lama tak balik Seremban jenguk my parents di sana. Even hanya di Seremban but still merentas negeri from Putrajaya. Bayangkan saya anak-beranak terperap je dok dalam rumah tak ke mana-mana plus memang kebetulan saya bersalin dan berpantang dalam tempoh PKP lagilah takleh keluar rumah. Once PM announce dah boleh rentas negeri starting from 10 June 2020, memang kami excitedlah sangat-sangat nak balik Seremban. Rindu dengan Ayahbonda tercinta. Masih dalam mood Syawal so excited lah lagi kan?


Walaupun dari awal pagi dah bersiap, yang sebenarnya nak bertolak balik kampungnya petang. After her daddy balik kerja. huhu..Bukan main tersenyum simpul orang puji dia cantik.

Dalam pada tu kesian kat anak sebab dah lama kot dorang tak dapat keluar rumah. Tak gi playground, tak bersosial jumpa kengkawan, tak dapat hirup udara segar di taman. Buat kami as parent rasa sebak pun ada. huhu..

Tak sampai petang, Erina dah comot. So terpaksa tukar baju lain. Macam-macam hal.. 

Punya excited Erina nak berjalan, laju je follow daddy ke parking kereta sampai tinggalkan mommy & adik Soffea kat belakang.

Selalu masuk je kereta kejap je dah lena. Kali ni dah lama tak berjalan punya pasal, mata duk sibuk tengok view kat luar. Alahai siannya anak lama tak tengok dunia luar ya?

Apa-apa pun syukur Alhamdulillah Malaysia berada dalam proses pemulihan dari wabak Covid19. Harap kita semua dilindungi dari virus durjana ni. Moga kita dapat hidup dalam keadaan yang lebih baik after this. #staysafe


Misya : Anak kecil pun boleh kemurungan.



Comments

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts