Syukur dapat suami tidak memilih makanan

Salam. Dah lama tak prepare bekal camni untuk husband tercinta. Huhu. Actually dari awal kahwin memang saya selalu bekalkan makanan untuk husband sebelum ke office. So, ni kebetulan ada masak extra lauk malam tadi maka saya 'tapau'kan untuk husband. Tersenyum lebar dia kat muka pintu bila dapat bawak bekal ke office hari ni. Macam budak-budak punyalah happy. Hehe..


Alhamdulillah suami saya jenis tak cerewet dalam bab makan. Apa saja saya masak dan hidangkan, dia makan. If saya dapatkan bekalkan camni, lagilah dia happy. Pernah dengar ada kawan yang suaminya malu kalau bawak bekal camni. Takut kena kecam or diejek kengkawan office. Belum lagi jenis yang memilih makanan. Tu tak makan, ni tak makan. Alahai kesian plak dengar. Stress tau dapat laki camtu. Hehe. Nasib baik husband saya jenis suka bawak bekal. Siap bangga pula dapat bawak bekal. Yang penting kalau bekal nasi berlauk camni mesti ada cili api. Wajib ok! Hehe. Almaklum beliau memang kaki pedas. Tapi pernah saya lupa nak letak cili api, dia ok je. Yang bagus beliau jenis tak suka membazir makanan. Tak kiralah camne sekalipun dia akan habiskan makanan tu. Melainkan makanan tu totally tak sedap langsung. Tapi memang jarang dia tak habiskan makanan. Apa pun moga saya istiqamah sediakan bekal makanan camni lagi untuknya. Saya sendiri seronok bila wat camni. Tanda menghargai antara satu sama lain. Syukur Alhamdulillah..


Misya : Bekalan akhirat jangan dilupakan.

Comments

  1. Alhamdulillah semua yg di masak dia mkn sedap

    ReplyDelete
  2. tentulah suka sebab dimasak dengan penuh kasih sayang

    ReplyDelete
  3. Mesti lagi semangat nak memasak dan sediakan bekal bila suami hargai setiap masakan.

    ReplyDelete
  4. Kan, senang nak masak bila si dia tak cerewet :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sgt2. Risau juga sebelum kahwin kot dia jenis cerewet but so far tak mcm tu. Alhamdulillah..

      Delete
  5. padu lauk tu tentu lah en suami suka

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts