Tips Goreng Telur Dadar Garing dan Fluffy

Salam. Selalu kalau makan kat kedai Tomyam, perasan tak telur dadarnya (if orderla) sangat garing? Saya perhatikan mana-mana kedai tomyam saya gi memang begitu. Saya try juga buat di rumah but tak berapa menjadi. Dia just kembang biasa gitu je. Huhu. Sebab saya memang suka telur dadar tu garing dan fluffy gitu. So disebabkan PKP dok rumah asyik masak je kan, saya try-try lagi then Alhamdulillah menjadi. Bila dikaji balik baru tahu camne telur dadar tu boleh jadi garing but still fluffy.

Firstly, pukul telur tu hingga betul-betul kembang sampai keluar buih. Better gunakan garfu dan pukul telur dengan halaju yang tinggi. If pukul slow motion alamak hai entah bila nak kembangnya kan? Pukul macam nak buat kuih or kek tu. Jangan lupa letak garam secukup rasa sebelum pukul tau. Nak letak bawang @ cili @ anything pun boleh as long as pukul telur tu sehingga kembang. 

Secondly, panaskan minyak dalam kuali betul-betul. Means kalau boleh sampai ada keluar asap sedikit. If tak panas sangat, tu yang telur jadi lambat garing.

Then, masukkan telur sekaligus biarkan ia tersebar ke seluruh kuali. Hati-hati k sebab minyak sangat panas boleh terpercik bila masukkan telur tu. Biarkan sehingga bahagian bawah dah keperangan, baru terbalikkan. 

Boleh try balikkan beberapa kali if nak lebih garing. 

Ok beginilah hasil telur dadar garing saya buat. Actually saya dapat tips ni pun daripada my husband sebab masa saya pantang bersalin, dia terpaksa masak sendiri untuk makanannya. So dia share la camne nak dapatkan telur dadar garing begini. Walaupun luarnya nampak garing, but dalamnya still lembut tau. Memang sedaplah if makan dengan nasi panas-panas plus kalau ada tomyam or sup, memang lagi marvelous!


Misya : Suka makan nasi lemak telur goreng mata kerbau cair.

Comments

ejulz said…
terbaek.. nampak garing :)
Tiara Sapphire said…
telur goreng kat kedai tomyam memang garing sedap. nak buat sendiri kadang jadi kadang tak jadi..haha
Cik TK said…
satu lagi kan... letak mayonis jadi gebuuuu..
Misya said…
Oh pernah try letak mayonis. Sedap tapi bila makan jadi macam cepat muak. Huhu
ezy.xixii said…
suke jgk telo dadar gebu camni!
ya Allah.. sedapnyeee lahai..

Popular Posts