Tips membersihkan dinding diconteng crayon menggunakan wet tissue

Salam. Erm again, Erina conteng dinding lagi sekali! Kali ni hasil seninya lebih panjang sepanjang dinding yang dicontengnya! haha adoi tak tahulah nak nangis ke nak marah ke nak ketawa. Memang sis tak perasan bila dia buat kerja ni. Tengah busy melayan si baby, kakaknya wat projek lain diam-diam ya. But so far sepanjang 3 bulan PKP ni, this is second time Erina conteng dinding. First time hari tu masa awal PKP sis ada story kat SINI. But this time sis nak share how to clean up dinding yang telah diconteng tu. Almaklum sis ni ada OCD sikit which tak bolehlah tengok dinding diconteng-conteng sebab rasa serabut. Nak taknak kenalah bersihkan, rite?


Mula-mula sis try bersihkan guna morning towel yang dilembabkan dengan air. But nampaknya kurang berkesan. So sis try guna baby wet tissue ni. Still perlukan effort untuk menggosok dinding but i think lebih sesuai dan selamat sebab bila gosok dinding kekadang kena gunakan kuku untuk kikis kesan crayon tu. If guna wet tissue ni dia lebih kuat and tak mudah koyak bila gunakan kuku. 


So far memang sis banyak gunakan wet tissue jenama Pureen ni. Sebab dia tak mudah koyak bila nak bersihkan sesuatu compared to other brands.

Sis try lah lap dan tonyoh dinding yang diconteng Erina sedikit demi sedikit, memang nampak berkesan. But as I said masih perlukan effort untuk kikis kesan crayon tu. But amazingly sis berjaya bersihkan keseluruhan dinding.

Sebelum dibersihkan, ginilah hasil kerja Erina. Sis geleng kepala jela tengok. But takleh dibiarkan camtu sahaja. Kena ajar anak bahawa benda ni salah. So sama-sama ajak dia bersihkan dinding tu. Walaupun last-last sis dengan husband je yang bersihkan. haha..

Separuh jalan sis berjaya bersihkan kesan crayon tu. 

And finally keseluruhan dinding berjaya dibersihkan. Lega dan puas hati tengok dinding dah bersih!

Sebelum dinding dibersihkan. Bukan main pekat warna crayon tu.

After dibersihkan, tetiba nampak macam baru dicat pula. Hehe.. Yela secara tak langsung, kita bersihkan juga kotoran-kotoran lain yang melekat kat dinding tu. Hasilnya, dinding nampak sangat bersih. Musim-musim Covid19 ni bagus juga rumah bertambah bersih.

Erina bila nampak mommy nya lap-lap dinding ni, dia pun nak tolong lap sekali. Rasa bersalah lah tu kan sebab buat benda salah. Dia tahu akibat perbuatannya, dinding jadi kotor. Maybe around beberapa bulan ni dia ingatlah conteng dinding ni adalah salah. After that if tak monitor maybe boleh terjadi lagi kejadian ni. huhu


She knows that this is the wrong thing untuk conteng-conteng dinding but almaklum kanak-kanak tengah membesar, daya kreativitinya tak boleh dihadkan. BUT kena didik anak ada ruang tertentu dia boleh conteng. Sediakan drawing paper, white or black board or other platforms yang sesuai untuk diconteng. If tak dididik from now, dia akan rasa benda tu tak salah. Silap-silap bila ke rumah orang, dinding rumah orang pula dicontengnya sebab parents sendiri tak pernah tegur. As parents, saya and husband dah sediakan paper semua untuk Erina menyerlahkan bakat contengan dia tapi kekadang terbabas juga. haha.. But dongibab!


Misya : Bukan mengongkong anak tapi mendidik anak.









Comments

Popular Posts