UniCornetto aiskrim untuk 'gigirl' je?

Salam. Faham tak maksud 'gigirl' dalam tajuk kat atas tu? Hehe.. Ok this is my first time try this ice cream. Walhal dah lama Wall's Malaysia keluarkannya di pasaran. Kebetulan beli barang kat Cold Storage Alamanda, Putrajaya ternampak aiskrim ni terus beli. So nak review sikit best ke tak. 

Memang 1st impression dari segi packaging Unicornetto ni sangat menarik hati especially untuk kanak-kanak dan golongan wanita sebab warna dia memang more to 'gigirl' punya tarikan. Warna purple pink with tulis UniCornetto blink-blink tu membuatkan saya sendiri tertarik nak beli. So target group aiskrim ni memang sesuailah untuk kaum girl. Tapi orang lelaki pun boleh je nak beli. Jangan salah faham pula. hehe

Ok rupa asal aiskrim ni takdelah camni. Haha.. Ni gara-gara terhempap dek barang lain lepas shopping, tu rupa dia tak berapa semenggah.

Ginilah rupa UniCornetto terpenyek yang saya beli. Ok back to the topic, dari segi rasa aiskrim ni menepati lah kehendak saya. For me ianya sedap tapi agak manis. Atasnya ada topping bebola like icing sugar yang crunchy. Then di tengah-tengah aiskrim ada pula macam jem/jelly berperisa blueberry if tak silap. Jem/jelly ni yang membuatkan aiskrim ni 'killer' sebab ada rasa masam bagi melawab rasa manis aiskrim. And i loike it so much! Kira takdelah muak sangat bila makan aiskrim  ni.

Overall saya bagi 4 daripada 5 stars for this UniCornetto. Sedap memang sedap, kena dengan tekak saya but my favourite sepanjang zaman still Cornetto original perisa Vanilla. So far no icecream can beat this vanilla cornetto. hehe.. 

Yang nak cuba bolehlah try cari. Maybe ada di jual kat 7-eleven or any supermarket selagi masih ada stock sebab katanya limited edition icecream ni. Wallahualam. 

Comments

  1. pernah try sekali 😬😬😬

    ReplyDelete
  2. Tak pernah try perisa ni sebab tak minat sangat perisa berries.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts