Buku Bijak Urus Rumah Sewa

Salam. Dah lama rasanya sis tak baca buku. Since last month this book duk lalu-lalang orang posting kat wall FB sis. Menarik sangat ke buku ni sampai ramai orang baca? Bijak Urus Rumah Sewa. Mula-mula saya tengok cover buku ni pun dah wat saya tertarik. Ala-ala katalog IKEA pun ada. huhu. Memang gaya hipster design untuk cover buku ni. Saya pun belilah senaskah from my friend. Sebab saya dan husband pun ada rumah yang disewakan so hopefully dapat menambah lagi pengetahuan kami tentang pengurusan rumah-rumah sewa kami.


Buku ni ditulis oleh Bija dan Fida yang merupakan pasangan husband and wife which dorang telah involved dalam bidang hartanah (property) around 5 years. Sebelum ni wifenya Fida pernah berkhidmat as Food Technologist under our department but then full time wat property. Tu yang wat saya lagi tertarik nak baca this book bila mana penulisnya bekas rakan sejawat saya.


Ok buku ni yang bestnya bukan hanya diceritakan tentang nak uruskan rumah sewa, tapi rupa-rupanya diceritakan from A to Z how to involve in this field. Kira kalau yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang property ni elok sangat baca buku ni. Sebelum start lagi penulis bagi tahu do and don'ts sebelum terjun dalam property agar tak tersilap langkah dan mengurangkan risiko kerugian. 



Part paling best dalam buku ni adalah how to deco your houses sesuai dengan golongan sasar bakal penyewa. Nowadays orang muda yang mencari bilik or rumah sewa suka gaya ala hipster. So nak dapatkan penyewa yang baik dan appreciate rumah yang kita sewakan semuanya dinyatakan dalam buku ni. Almaklum kadang dapat penyewa dari neraka, habis rosak dan jahanam rumah kita dibuatnya. Camne nak elak? Kenalah baca buku ni.


Actually nak story 1 by 1 isi buku ni sangatlah banyak. Walhal buku ni taklah terlalu tebal. Saya boleh habiskan baca around 1 hour. Yang best buku ni dalamnya dicetak berwarna-warna dengan gaya penulisan yang santai tak terlalu formal. So memang tak bosan baca buku ni. For those dalam bidang property, I think this is the best book that you must read! Isinya ringkas, padat dan mudah difahami. Moga anda terus sukses dalam bidang hartanah yang anda ceburi. Selamat Membaca..



Misya : Muda-muda kumpul harta.

Comments

Popular Posts