Cara Masak Kuah Kacang Creamy (Resipi Rahsia Bondaku)

Salam. When my mom said, OK passed! Fuh leganya rasa hati sis! Hehe.. After mencuba beberapa kali masak kuah kacang creamy resipi bonda tercinta, baru kali ni 100% menjadi. Nampak macam senang tapi banyak rahsia tersimpan dalam pembuatan kuah kacang creamy ni. Di kalangan my family, saudara-mara if datang beraya mesti cari kuah kacang my mom ni. Siap ada yang panggil kuah kacang aiskrim. Sebab tekstur dia sangat halus dan rasa ala lemak berkrim tak macam kuah/sambal kacang lain atau kuah satay yang biasa kita makan. So, to ensure saya tak lupa resipi tradisi bonda saya ni, maka saya save resipi di sini. Nak cuba, bolehlah gunakan resipi ni.





Bahan-Bahan


1. Kacang tanah 1/2 kg
2. Cili kisar / giling 4 -5 sudu makan
3.  Bawang putih 3 ulas (Diketuk)
4. Bawang kecil 1-2 biji (Jika mahu)
5. Serai 2 - 3 batang (Diketuk)
6. Gula melaka 3/4 biji
7. Gula pasir 
8. Sedikit air asam jawa
9. Garam secukup rasa
10. Serbuk perisa (jika suka)
11. Cili sos 2 sudu makan
12. Minyak masak untuk tumis 



Kaedah Memasak 

1. Goreng kacang tanah dengan sedikit minyak hingga keperangan. Kemudian kisar sehingga halus sampai keluar sedikit minyak. Inilah rahsia kehalusan kuah kacang my mom ;) Selagi ada yang tak halus, selagi tu dia akan blend. If ada sikit-sikit yang kasar takpela boleh dimaafkan but boleh dikira dengan jari kacang yang masih kasar tu.





2. Tumis bawang putih dan hirisan bawang kecil hingga kekuningan (minyak perlu lebih sedikit) dan masukkan cili kisar. 



3. Bila aroma dah naik masukkan air dan kacang yang dah blend tadi. 


4. Next masukkan gula melaka, serai dan lain-lain bahan. Rahsia kat sini adalah cili sos yang menambah lagi kesedapan kuah kacang ni. Boleh tambahkan air lagi sebab bila mendidih air akan berkurangan dan ia akan menjadi terlalu pekat.  



5. Kacau selalu sampai pecah minyak. Api jangan terlalu besar sebab boleh menyebabkan bahagian bawah kuah menjadi hangus.


6. Selepas pecah minyak dan mendidih maka siap untuk dihidangkan. Makan kuah kacang ni panas-panas dengan nasi impit, perghhh memang marvelous!




Dan kebiasaannya if ada tetamu datang ke rumah, bila masak kuah kacang ni confirm akan ada yang minta resipi. Sebab rasa dan teksturnya sangat berbeza dan inilah satu-satunya kuah kacang yang saya makan which kat tempat lain memang saya tak makan. Even my husband yang tak pernah minat apetah nak menghargai kuah kacang, pun jadi suka lepas makan kuah kacang resipi ni. Air tangan ibu memang terbaik! 



 
Misya : Moga resipi ni diwarisi turun-temurun.

 

Comments

  1. Fuhh..memang mengiurkan la kuah kacang tu... terliur terus rasa...

    ReplyDelete
  2. Kami tak pernah masak sendiri kuah kacang. kalau raya pun, memang rendang je kami buat. Kami suami isteri pun tak gilerkan sangat kuah kacang. So kalau nak makan, memang terjah makan kat rumah orang je la.. Hehhe

    Btw, kuah kacang pecah minyak macam ni nampak best dan menyelerakan!

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts