Choco Choco Nutty Frappuccino by Starbucks mengecewakan?

Salam. Starbucks Malaysia again mengeluarkan minuman terbaru yang diberi nama Choco Chococ Nutty Frappuccino (tergeliat juga lidah nak menyebutnya!). Haha.. Dan memang masa saya drive true beli frappe ni pun tersasul-sasul nak menyebutnya sampai girl yang ambil order tu tolong betulkan sebutan saya. I think this is kesinambungan dari Fish Tail Frappuccino yang meletops saya share hari tu. 


First of all why saya tergoda nak try this beverage adalah sebab chocolate lover. And of course benda-benda melibatkan coklat ni saya mesti nak try. Tu yang bila nampak orang dok share pasal edisi Choco Nutty ni saya pun try lah juga.



If tengok rupanya memang nampak menyelerakan. Mewah dengan whipped cream, ada chocolate sauce dan taburan kacang hazelnut. Memang teruja lah nak minum!


But to be honest, ianya below my expectation!  Nama je choco choco bagai tapi rasa coffee yang mendominasi. Sis ingatkan this one memang akan rasa coklat yang sangat mewah sampaikan ada yang samakan dengan Ferrero Rocher. Serius? Huhu..

Maybe untuk tekak sis kurang sesuai sebab sis kurang gemar minum coffee. Compare dengan fish tail sebelum ni still ada rasa coffee tapi tak strong macam this one. Plus level kemanisannya agak tinggi bagi sis. 

Overall sis bagi 2 1/2 bintang untuk Choco Choco Nutty Frappuccino. Yela, dah nama pun frappuccino mestilah rasa coffee yang akan mendominasi. But sis rindu dengan fish tail frappuccino. Hope dia keluarkan balik in future. Tak sempat nak repeat.


Actually untuk latest edition ni, selain Choco-Nut, ada juga Berry Hibisus Cold Brew dan Mango Matcha Freeze but so far sis tak terfikir nak rasa. Sebab bila dengar Starbucks je pasti dalam kepala terfikir coffee not juice like this. hehe.


Ok for those penggemar coffee Starbucks, i think this is good try for you. Bukan kata tak sedap, still sedap but not suitable for me. Jangan marah ya Starbucks! ;)


Misya : Mula kurangkan pengambilan gula.


Comments

  1. Rasa kopi mendominasi ye? Kalau macam tu kurang sesuai juga dengan saya sebab saya kurang minum kopi.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts