Emma Maembong hamil, netizen pertikai saiz perut terlalu besar?


Salam. Wah cantik-cantiknya gambar maternity shoot pelakon Emma Maembong with her husband, Sazlie. Kelihatan macam kat oversea but actually lokasi gambar-gambar ni diambil di Langkawi. Rasanya umum ramai dah mengetahui berita kehamilan pelakon comel lagi putih melepak ni. Dorang melangsungkan perkahwinan Februari lalu so kandungan Emma if bunting pelamin sudah pasti around 4-5 bulan. Wah dah macam makcik bawang pula sis. Hehe..


Comelnya la hai Emma with her baby bump. But still ada netizen yang pertikaikan saiz perut Emma terlalu besar untuk kandungan berusia 4-5 bulan. Adoi cannot brain betul dorang ni. Huhu. Emma ni kan ada keturunan omputeh belah mak dia. So memang baka omputeh ni kan jenis besar. Macam kakaknya Shikin Maembong pun dulu camtu juga. (Saya kenal family dorang ni masa aktif bisnes dulu-dulu). Memang baby lahir je kusss semangat berat dorang. So tak pelik pun sebenarnya if Emma awal mengandung perut cepat besar.

Kelihatan she and her husband sangat happy and enjoy their life. Saya bukanlah peminat tegar beliau but sebagai seorang ibu, tetap tumpang gembira dan didoakan moga Emma and baby sihat dan selamat melahirkan nanti. 
Saya suka konsep maternity shoot ni. Nampak elegant but still sweet. Tetiba sis rindu nak photoshoot kat tepi laut! 

Terpancar sinar kegembiraan dorang berdua yang bakal jadi mommy and daddy tak lama lagi. Teringat pula masa sis mula-mula pregnant. Excited nak tunggu baby keluar. 

Dulu saya pun berangan nak wat maternity shoot bagai tapi last-last tak kesampaian sebab mabuk teruk. Even sampai nak bersalin pun masih mabuk. Teruskan batalkan hasrat. Takpelah janji baby sihat dan selamat dilahirkan. Now handphone penuh dengan gambar anak-anak je. Huhu. So, all the best Emma and welcome to the motherhood life in advanced! 


Sumber gambar : IG@emma_maembongofficial


Misya : Tengah adapt untuk handle 2 orang anak.

Comments

  1. Mungkin jugak emma terlalu happy, dan dia makan banyak kan, takpe, lepas bersalin nanti mesti dia kurus balik :D

    ReplyDelete
  2. @Syaz Rahim betul juga tu. Saya pregnant pun naik mendadak sebab selera bertambah2. huhu. Now dah bersalin kembali ke berat asal. Syukur.. hehe

    ReplyDelete
  3. netizen kuat mengata dia kes dia buka tudung kn. kesian jugak kat dia asyik kena umpat je dek netizen. atas orang, ada yang pregnant perut cepat besar. ada yang nak bersalin pun perut tak bape besar. artis2 ni gemuk ke, perut besar ke, nnt lepas bersalin cepat je dia jaga badan kan..

    ReplyDelete
  4. wee seronoknya tgk baby bump emma.. takpelah mulut netizen bukan boleh tutup

    ReplyDelete
  5. saya pun kandungan ketiga ini macam besar betul perut. padahal baru 3 bulan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts