Hadiah Musical Piano Mat untuk Soffea

Salam. Last week, my superior Kak Afaf Ruhi bagi hadiah kat baby Soffea. Hadiah musical piano mat yang sangat cute. But yang over-excited dapat hadiah adalah kakaknya si Erina. Daripada awal nampak hadiah asyik pegang-pegang dan suruh mommynya bukak sebab nak main. Haha.. Tapi mommy berjaya mengawal keadaan. Last sekali kena sorokkan mainan ni. huhu

What is this, mommy?


Soffea masih belum faham lagi nak appreciate benda alah ni. hehe.. Tapi mata dia macam teruja tengok box warna-warni tu. Kena tunggu Soffea dah pandai berjalan baru boleh main la kot?


Walaupun Erina tetap cuba suruh mommynya buka mainan ni, tapi lepas pesan beberapa kali mainan ni adik punya, tunggu adik besar sikit boleh main sama-sama, Alhamdulillah dia faham.


Soffea tengok Erina pelik je. "This is mine ok!" hahaha...


Bukan taknak bagi Erina main tapi sebab mainan Erina sedia ada pun dah banyak. Erina lahir-lahir je memang murah rezeki orang bagi hadiah. Syukur mommy jimat takyah beli mainan lagi. hehe. So kasi chance lah kat Soffea ada mainan baru. Apa-apa pun terima kasih bebanyak kat kak Kak Afaf sudi bagi present kat Soffea. Disebabkan PKP takde sape datang visit Soffea sebab memang kami pun tak terima pelawat. So, Soffea takdelah dapat hadiah sangat. Ni pun kak Afaf bagi lepas saya dah masuk office semula. But its ok, hadiah tak penting sangat tapi doa agar anak-anak saya dilindungi dan membesar dengan sihat dan cergas pun saya dah syukur sangat-sangat. Moga murah rezeki Kak Afaf  dan anak-anak juga.


Misya : Mommy pun excited bila anak dapat hadiah.

Comments

  1. Kakak Erina tengah nak bodek Soffea ke untuk main sama2 mainan tu.comel betul mereka.

    ReplyDelete
  2. Mak mak memang excited bila anak2 dapat sesuatu dari orang lain kan :D

    ReplyDelete
  3. @Han Hanni hehe ye kot.. kelakar pula difikirkan begitu. hihi

    ReplyDelete
  4. @Syaz Rahim tula pasal.. happy sebab rezeki anak2 kan.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts