Resipi Bayam Masak Lemak Putih Cendawan

Salam. Semalam saya try resipi sayur bayam masak lemak. Sebab dah bosan asyik makan sayur sama je, balik-balik, kobis-sawi-kobis-sawi, so kali ni tukar selera pula. Kebetulan asyik nampak lauk ni dok lalu-lalang kat fb orang share, sis pun try la masak. Cuma sis improvise sedikit dengan menambah cendawan. Serius sangat sedap! Husband sis berkali-kali kata sedap sambil makan. huhu. Jom lah try kot boleh memikat hati suami uols (if ada suami la). hehe..


Bahan-Bahan

Sayur Bayam (1/2 ikat)
Cendawan (1 peket kecil)
Cili Merah (1 batang)
Bawang Merah (3-4 biji)/Besar (1 biji)
Lada Hitam (Secubit)
Santan (1 kotak kecil)



Cara Memasak

1. Tumbuk bawang dan lada hitam sehingga pecah (tak perlu terlalu halus). Jangan lupa potong dan basuh sayur bayam dan cendawan terlebih dahulu.


2. Masukkan santan, bawang dan lada hitam yang ditumbuk tadi berserta sedikit garam dan gula secukup rasa.


3. Agak-agak santan hampir mendidih, masukkan sayur bayam, cendawan dan hirisan cili merah. Kacau sehingga mendidih. (Kena rajin kacau untuk elak santan pecah minyak - tekstur kuah tidak cantik)


Siap dihidangkan. :)




Misya : Masak lemak lawannya ikan atau ayam goreng pun dah cukup.


Comments

  1. Nampak sedap. Boleh try ni.. yup.. ni lawannya ikan goreng atau ayam goreng. Simple, but heaven. Nyummy!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts