Penyanyi Syamel dan Ernie Zakri bertunang

Salam. Akhirnya terjawab sudah status hubungan pasangan duet penyanyi popular Syamel dan Ernie Zakri apabila mereka mengikat tali pertunangan petang semalam. Alhamdulillah.. Sis tumpang happy for them walaupun sis bukanlah peminat tegar dorang. Tapi sebab both of them are cute dan nampak sepadan actually bila tengok Syamel selalu mengusik Ernie dalam posting IG sis. Ingatkan saja-saja je si Syamel ni then rupanya tak sangka memang dorang tengah bercinta. 

Menurut portal Roti Kaya, mereka merancang untuk bernikah pada tahun hadapan sebab this year mereka nak fokus dengan kerjaya terlebih dahulu. Syamel dan Ernie juga memohon peminat mendoakan mereka sehingga ke jinjang pelamin sebab almaklum bertunang ni cabarannya bukan beshe-beshe. Hehe. Especially bila bergelar insan seni yang popular. InsyaAllah selagi masing-masing pandai jaga diri, ada jodoh takkan ke mana. Selamat melalui fasa pertunangan Syamel dan Ernie!


Sumber : Roti Kaya

Misya : Bertunang setahun setengah sebelum bernikah.

Comments

  1. semoga ke akhir hayat dan ke Jannah <3

    ReplyDelete
  2. Wahh dah bertunang yek dia.. Alhamdulillah.. Moga kekal bahagia hingga jannah..

    ReplyDelete
  3. Itulah dorang ni comel. Pandai eh dorang sembunyi sembunyi. Itulah cabaran bertunang ramai org ckp boleh tahan hebatnya jugak. Saya pon baru jer bertunang. Takut lak rasanya. Semoga pasangan ni keka hingga ke jinjang pelamin dan Jannah <3

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts